Video Semburit: Tiada bukti manipulasi foto- Pakar forensik digital Australia

 

Sydney, 17 Jun: Agensi berita Australia, SBS News melaporkan bahawa video semburit yang tular minggu lepas tiada bukti manipulasi imej.

Memetik Kevin Nguyen, seorang pakar forensik digital yang sebelum ini memberikan konsultasi dan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times, beliau memeriksa tiga siri video semburit untuk agensi berita tersebut.

“Pada peringkat imej, secara forensiknya disemak. Saya melakukan beberapa analisis forensik, merentasi tiga video dan pada enam titik, saya periksa tiada bukti manipulasi foto atau imej” – Kevin Nguyen

Nguyen berkata beliau tidak sama sekali mengatakan video tersebut bukan ‘deepfake’ terma yang digunakan untuk teknologi superimpose wajah pada video.
“Jika ia adalah deepfake, ia adalah yang sangat bagus” – Kevin Nguyen

Seorang pakar lagi, Giorgio Patrini, CEO syarikat australia Deeptrace, pakar untuk pengesahan video deepfake, berkata kualiti resolusi video semburit itu adalah terlalu rendah untuk menjalankan analisis kondusif.

Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama, dimana beliau bersetuju tiada jejak deepfake pada video tersebut.

“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) Deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung,” – Siwei Lyu

Tiada penganalisa dapat mengesahkan bahawa Azmin Ali merupakan lelaki dalam video, tetapi mereka menyimpulkan bahawa video tersebut dilihat tiada sebarang pengubahsuaian digital.

Sementara itu, pakar lain, Denby Weller dari Universiti Teknologi Sydney, berkata terdapat beberapa tertentu yang perlu diberikan perhatian.

” (video itu) kelihatan telah dirakam dengan mod potret dari telefon  walaupun mod itu boleh dibuat secara tiruan ketika post-produksi. Ia juga dirakam dari kedudukan yang sedikit tinggi (ketinggian kamera sangat sukar untuk dipalsukan), yang menunjukkan bahawa telefon itu mengarah sedikit ke bawah pada lelaki terbabit,” katanya.

Weller dilatih dalam bidang verifikasi video bersama Google News Initiative.

Pada selasa lepas, beberapa siri video semburit mirip menteri kanan tular di media sosial.

Sehari selepas itu, Haziq tampil dengan video pengakuan sumpahnya mendakwa beliau dan Azmin adalah sosok dalam video semburit tersebut.

Haziq turut mendakwa ‘aksi’ bersama menteri terbabit berlaku sebanyak 4 kali sejak tiga tahun lalu.

BACA : Haziq dakwa lakukan ‘aksi’ dengan menteri empat kali di lokasi berlainan.

Walau bagaimanapun, Azmin menafikan kaitan dengan video itu dengan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

BACA : Video seks komplot jahat, kejam, fitnah untuk musnahkan karier politik saya, kata Azmin

Haziq ditahan polis kelmarin ketika hendak berlepas ke Manila di KLIA tetapi dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq akan disiasat mengikut empat kesalahan iaitu Seksyen 292, Seksyen 504, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

– Buletin TTKM –

 

 

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.