May 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Teo jemput rakyat pelbagai agama & bangsa sertai kajian menambah baik Pendidikan Islam SRK.

Kuala Lumpur, 18 Jun: Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching  menjemput rakyat dari pelbagai agama dan bangsa supaya menyertai kajian  cadangan dan penambahbaikan subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah kebangsaan.

Tambah ahli parlimen DAP Kulai itu, satu pasukan petugas khas pendidikan islam telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut.

 “Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) telah ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 April 2019 untuk mengkaji pelbagai aspek mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) dan mencadangkan penambahbaikan yang bermanfaat kepada semua murid, guru, ibu bapa dan masyarakat Malaysia pada amnya.” – Teo Nie Ching.

Beliau kemudian melampirkan pautan untuk segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa untuk mengemukakan cadangan di atas talian.

“Untuk tujuan itu, kami ingin menjemput individu, kumpulan dan institusi tanpa mengira agama dan bangsa, untuk berkongsi isu dan cabaran serta mengemukakan cadangan untuk menambah baik dan membawa kemajuan kepada Pendidikan Islam melalui tinjauan ini di pautan yang tertera di bawah: https://forms.gle/SeVw82uoR2r8vnfp8 ” – – Teo Nie Ching.

Beliau berkata demikian di laman facebooknya malam tadi

WhatsApp Image 2019-06-17 at 11.47.01 PM

Walaubagaimanapun, Buletin TTKM mendapati status tersebut kini telah dipadamkan oleh timbalan menteri terbabit akibat dikecam oleh netizen.

Versi laman sesawang masih boleh diakses di sini: – Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: