Haziq perlu dipecat dari PKR – Zuraida

PUTRAJAYA: Kepemimpinan PKR perlu memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana memalukan serta mencemar nama baik parti ekoran pengakuannya secara terbuka dalam video seks luar tabie, kata Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida turut menyifatkan kepemimpinan parti kurang bijak apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu walaupun selepas membuat pengakuan secara terbuka.

“Pada prinsipnya tindakan parti keadilan itu sendiri saya rasa kurang bijak, tidak ada kebijaksanaannya apabila pelaku yang telah mengaku tentang kesalahan yang telah dilakukan secara terbuka, telah membuat sidang media mengaku tentang kesalahannya. Sudah tentu kelakuan luar tabii itu adalah satu jenayah dalam negara kita. Jadi sepatutnya tindakan pecat harus diberikan kepada anggota ini (Haziq) kerana ia memalukan parti, mencemarkan parti, dan mencemarkan kepimpinan parti.” – Zuraida Kamaruddin.

Beliau turut mempertahankan Azmin dari tindakan parti dengan menunggu siasatan pihak polis apatah lagi Azmin telah pun menafikan keterlibatannya dalam video semburit tersebut.

“Sekiranya azmin dianggap sebagai seorang pesalah, tetapi beliau menafikan keterlilibatan beliau maka kita serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan kita tunggu keputusannya. Itu saya rasa lebih bijak”. – Zuraida Kamaruddin.

Untuk rekod, Zuraida merupakan orang kuat Azmin dalam parti keadilan rakyat.

Zuraida turut melabel pemimpin  yang mendesak Azmin supaya meletak jawatan adalah ‘konyol’, satu istilah bahasa indonesia yang bermaksud tidak sopan atau kurang ajar.

“Saya juga memandang desakan-desakan untuk Azmin meletak jawatan dan berehat adalah satu cadangan yang konyol dan pemimpin yang buat kenyataan begitu harus lebih waras dan daripada mereka yang ada disebalik penyebaran video dan membuat video saya ingat adalah lebih baik mereka fokus untuk bantu membina negara. membuang masa buat kerja yang bukan-bukan memalukan negara.” – Zuraida Kamaruddin.

Sehubungan itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau akan menyampaikan usul dalam Mesyuarat Biro Politik PKR petang ini supaya Haziq dipecat.
Tiga hari lalu, presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata  PKR tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Pemuda Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, berhubung pengakuannya terbabit dalam video semburit, sehingga siasatan polis selesai.

 

“Kami menolak politik kotor tetapi saya tidak akan menghukumnya (Haziq) sebelum polis menyelesaikan siasatan mereka,”  – Anwar Ibrahim.

Pada selasa lepas, beberapa siri video semburit mirip Azmin  tular di media sosial.

Sehari selepas itu, Haziq tampil dengan video pengakuan sumpahnya mendakwa beliau dan Azmin adalah sosok dalam video semburit tersebut.

Haziq turut mendakwa ‘aksi’ bersama menteri terbabit berlaku sebanyak 4 kali sejak tiga tahun lalu.

BACA : Haziq dakwa lakukan ‘aksi’ dengan menteri empat kali di lokasi berlainan.

Walau bagaimanapun, Azmin menafikan kaitan dengan video itu dengan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

BACA : Video seks komplot jahat, kejam, fitnah untuk musnahkan karier politik saya, kata Azmin

Haziq ditahan polis kelmarin ketika hendak berlepas ke Manila di KLIA tetapi dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq akan disiasat mengikut empat kesalahan iaitu Seksyen 292, Seksyen 504, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Rafizi Ramli menafikan beliau adalah dalang di sebalik video semburit tersebut.

Haziq juga merupakan presiden Mahasiswa Keadilan yang pertama dimana mentornya ketika itu adalah Rafizi Ramli.

Sementara itu, Agensi berita Australia, SBS News melaporkan bahawa video semburit yang tular minggu lepas tiada bukti manipulasi imej.

Memetik Kevin Nguyen, seorang pakar forensik digital yang sebelum ini memberikan konsultasi dan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times, beliau memeriksa tiga siri video semburit untuk agensi berita tersebut.

“Pada peringkat imej, secara forensiknya disemak. Saya melakukan beberapa analisis forensik, merentasi tiga video dan pada enam titik, saya periksa tiada bukti manipulasi foto atau imej” – Kevin Nguyen

Nguyen berkata beliau tidak sama sekali mengatakan video tersebut bukan ‘deepfake’ terma yang digunakan untuk teknologi superimpose wajah pada video.
“Jika ia adalah deepfake, ia adalah yang sangat bagus” – Kevin Nguyen

Kes video semburit ini telah menyebabkan PKR ditroll netizen sebagai Parti Kunyit Rakyat. – Buletin TTKM –

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.