PKR beri Haziq surat tunjuk sebab

PETALING JAYA 19 Jun: Ketua AMK PKR Santubong, Haziq Aziz akan diberikan surat tunjuk sebab berhubung pembabitannya dalam video semburit, kata presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

The Star melaporkan lembaga disiplin parti telah menerima empat cadangan yang telah diluluskan oleh biro politik, termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan konsensus” – Anwar Ibrahim.

Ketua lembaga dispilin PKR Datuk Ahmad Kassim berkata mereka telah mengadakan mesyuarat pada Ahad lepas berhubung isu terbabit.

Tambah Ahmad, HAziq diberikan 14 hari untuk memberi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan.

Beliau juga menambah lembaga disiplin parti ambil maklum mengenai penafian yang dibuat oleh timbalan presiden parti, Azmin Ali dan akan mengkaji semula penjelasan lanjut.

“Kami juga akan menunggu siasatan kes oleh pihak polis dan badan-badan berkaitan,” katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada ahli PKR supaya tidak membuat apa-apa tuduhan tidak berasas mengenai kepimpinan parti.

Terdahulu, naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata beliau akan mencadangkan Haziq – setiausaha swasta kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin – dipecat daripada parti itu.

Zuraida turut menyifatkan kepemimpinan parti kurang bijak apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu walaupun selepas membuat pengakuan secara terbuka.

“Pada prinsipnya tindakan parti keadilan itu sendiri saya rasa kurang bijak, tidak ada kebijaksanaannya apabila pelaku yang telah mengaku tentang kesalahan yang telah dilakukan secara terbuka, telah membuat sidang media mengaku tentang kesalahannya. Sudah tentu kelakuan luar tabii itu adalah satu jenayah dalam negara kita. Jadi sepatutnya tindakan pecat harus diberikan kepada anggota ini (Haziq) kerana ia memalukan parti, mencemarkan parti, dan mencemarkan kepimpinan parti.” – Zuraida Kamaruddin.

Beliau turut mempertahankan Azmin dari tindakan parti dengan menunggu siasatan pihak polis apatah lagi Azmin telah pun menafikan keterlibatannya dalam video semburit tersebut.

“Sekiranya Azmin dianggap sebagai seorang pesalah, tetapi beliau menafikan keterlilibatan beliau maka kita serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan kita tunggu keputusannya. Itu saya rasa lebih bijak”. – Zuraida Kamaruddin.

Untuk rekod, Zuraida merupakan orang kuat Azmin dalam parti keadilan rakyat.

Zuraida turut melabel pemimpin yang mendesak Azmin supaya meletak jawatan adalah ‘konyol’, satu istilah bahasa indonesia yang bermaksud tidak sopan atau kurang ajar.

“Saya juga memandang desakan-desakan untuk Azmin meletak jawatan dan berehat adalah satu cadangan yang konyol dan pemimpin yang buat kenyataan begitu harus lebih waras dan daripada mereka yang ada disebalik penyebaran video dan membuat video saya ingat adalah lebih baik mereka fokus untuk bantu membina negara. membuang masa buat kerja yang bukan-bukan memalukan negara.” – Zuraida Kamaruddin.

Pada 12 Jun, Haziq mengakui bahawa dia adalah salah satu daripada dua individu yang dilihat dalam video semburit.

Beliau juga mendakwa bahawa sosok seorang lagi  ialah Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Azmin, dalam menafikan penglibatannya dalam video itu, dan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang dilakukan untuk memusnahkan karier politiknya.

 

Sehari selepas itu, Haziq tampil dengan video pengakuan sumpahnya mendakwa beliau dan Azmin adalah sosok dalam video semburit tersebut.

BACA : GEMPAR: Haziq bersumpah beliau individu dalam video bersama menteri kanan.

Haziq turut mendakwa ‘aksi’ bersama menteri terbabit berlaku sebanyak 4 kali sejak tiga tahun lalu.

BACA : Haziq dakwa lakukan ‘aksi’ dengan menteri empat kali di lokasi berlainan.

Walau bagaimanapun, Azmin menafikan kaitan dengan video itu dengan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

BACA : Video seks komplot jahat, kejam, fitnah untuk musnahkan karier politik saya, kata Azmin

Haziq ditahan polis kelmarin ketika hendak berlepas ke Manila di KLIA tetapi dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq akan disiasat mengikut empat kesalahan iaitu Seksyen 292, Seksyen 504, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Rafizi Ramli menafikan beliau adalah dalang di sebalik video semburit tersebut.

Haziq juga merupakan presiden Mahasiswa Keadilan yang pertama dimana mentornya ketika itu adalah Rafizi Ramli.

Sementara itu, Agensi berita Australia, SBS News melaporkan bahawa video semburit yang tular minggu lepas tiada bukti manipulasi imej.

Memetik Kevin Nguyen, seorang pakar forensik digital yang sebelum ini memberikan konsultasi dan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times, beliau memeriksa tiga siri video semburit untuk agensi berita tersebut.

“Pada peringkat imej, secara forensiknya disemak. Saya melakukan beberapa analisis forensik, merentasi tiga video dan pada enam titik, saya periksa tiada bukti manipulasi foto atau imej” – Kevin Nguyen

Nguyen berkata beliau tidak sama sekali mengatakan video tersebut bukan ‘deepfake’ terma yang digunakan untuk teknologi superimpose wajah pada video.
“Jika ia adalah deepfake, ia adalah yang sangat bagus” – Kevin Nguyen

Kes video semburit ini telah menyebabkan PKR ditroll netizen sebagai Parti Kunyit Rakyat. – Buletin TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: