(Video) Bunting desak Azmin letak jawatan muncul di ibu kota.

Kuala Lumpur, 19 Jun : Bunting mendesak menteri ekonomi, Azmin Ali meletakkan jawatan kelihatan muncul di ibu kota ekoran penyebaran video semburit mirip beliau bersama ketua AMK Santubong, Haziq Aziz.

Seorang pengguna facebook bernama Haizal Yatiran yang menaikkan gambar tersebut di akaun facebooknya berkata bunting  itu digantung pada susur keluar dari lebuhraya persekutuan ke Jalan Klang Lama berdekatan pusat membeli belah Mid Valley Megamall.

64487846_202769880708416_5658938558614863872_n.jpg
Imej kredit Haizal Yatiran.

Beliau turut menaikkan video menunjukkan di mana lokasi sebenar bunting tersebut yang tertulis “Jika ada maruah, Azmin letak jawatan”.

(Video)

“Dah ramai sangat orang tanya aku kat mana banner Azmin, ni jalan daripada Jalan Klang Lama, Midvally  menuju pusat bandaraya. Disebabkan ada kawan-kawan tanya di mana letaknya bunting , inilah lokasinya. Bukan aku yang buat ya lahanat korang jangan tuduh aku” – Haizal Yatiran.

Pada selasa lepas, beberapa siri video semburit mirip Azmin  tular di media sosial.

Sehari selepas itu, Haziq tampil dengan video pengakuan sumpahnya mendakwa beliau dan Azmin adalah sosok dalam video semburit tersebut.

Haziq turut mendakwa ‘aksi’ bersama menteri terbabit berlaku sebanyak 4 kali sejak tiga tahun lalu.

BACA : Haziq dakwa lakukan ‘aksi’ dengan menteri empat kali di lokasi berlainan.

Walau bagaimanapun, Azmin menafikan kaitan dengan video itu dengan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

BACA : Video seks komplot jahat, kejam, fitnah untuk musnahkan karier politik saya, kata Azmin

Haziq ditahan polis kelmarin ketika hendak berlepas ke Manila di KLIA tetapi dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq akan disiasat mengikut empat kesalahan iaitu Seksyen 292, Seksyen 504, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Rafizi Ramli menafikan beliau adalah dalang di sebalik video semburit tersebut.

Haziq juga merupakan presiden Mahasiswa Keadilan yang pertama dimana mentornya ketika itu adalah Rafizi Ramli.

Sementara itu, Agensi berita Australia, SBS News melaporkan bahawa video semburit yang tular minggu lepas tiada bukti manipulasi imej.

Memetik Kevin Nguyen, seorang pakar forensik digital yang sebelum ini memberikan konsultasi dan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times, beliau memeriksa tiga siri video semburit untuk agensi berita tersebut.

“Pada peringkat imej, secara forensiknya disemak. Saya melakukan beberapa analisis forensik, merentasi tiga video dan pada enam titik, saya periksa tiada bukti manipulasi foto atau imej” – Kevin Nguyen

Nguyen berkata beliau tidak sama sekali mengatakan video tersebut bukan ‘deepfake’ terma yang digunakan untuk teknologi superimpose wajah pada video.
“Jika ia adalah deepfake, ia adalah yang sangat bagus” – Kevin Nguyen

Kes video semburit ini telah menyebabkan PKR ditroll netizen sebagai Parti Kunyit Rakyat. – Buletin TTKM –

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.