(Gambar: Latheefa menunjukkan senarai 41 penama, gambar ehsan Malaysiakini)
Putrajaya, 21 Jun: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti, lapor Malaysiakini.
Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik, Latheefa Koya.
Tambah beliau, sebahagian besar daripada wang itu – iaitu RM212 juta – dituntut daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
“Kita jangka akan dapat kembali RM270 juta daripada beberapa pihak dan individu termasuk Bahagian UMNO ataupun cabang, yayasan, syarikat dan sebagainya,” Latheefa Koya
Berikut merupakan senarai penuh 41 individu dan kumpulan tersebut:
- Ibrahim Awang Ismail
- Kasitah Gaddam
- Ismail Abd Muttalib
- Hasan Malek
- Sim Sai Hoon
- Abdul Manan Ismail
- Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)
- Akademi Pemuda
- Parti Bersatu Rakyat Sabah
- Yayasan Permata Malaysia
- Yayasan Tun Hussein Onn
- Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan
- UMNO Pekan
- Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia
- Badan Perhubungan MCA Negeri Pahang
- Sarawak United People’s Party
- Wanita MCA
- Liberal Democratic Party (LDP) Sabah
- Yayasan PBAKM
- Binsabi Sdn Bhd
- Rayhar Travels Sdn Bhd
- K&Z Enterprise Sdn Bhd
- IPG Mediabrands Sdn Bhd
- Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
- Hattatex Trading
- Jakel Trading
- Jakel Trading Sdn Bhd
- Perano Sdn Bhd
- AGA Touch (M) Sdn Bhd
- Habib Jewels Sdn Bhd
- Naza Quest Auto Sdn Bhd
- Umno Selangor
- Umno Pahang
- Umno Kedah
- Umno Johor
- BN Johor Bharu
- Umno Sabah
- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Bustari Yusuf
- Yayasan Penyelidikan Transformasi
- Yayasan Rahah
Baru-baru ini pelantikan Latheefa dikritik oleh beberapa pihak termasuk dari dalam Pakatan Harapan sendiri kerana dilihat bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan.
Perdana Menteri walau bagaimanpaun berkata lantikan itu adalah muktamat, dibuat seperti mana beliau melantik pegawai lain.
“Tak ada masalah, saya lantik banyak orang, banyak pegawai saya terpaksa lantik, ini (pelantikan Latheefa) satu daripada pegawai, itu saja… (keputusan melantik Latheefa) kalau dah putus, muktamadlah, takkan nak kalih balik, nanti kata saya u-turn,” – Tun Dr Mahathir.
Latheefa yang sebelum ini adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, dilihat bersama dalam kumpulan pro Azmin dalam parti tersebut.
Beberapa minggu selepas pelantikan Latheefa, negara digemparkan dengan video semburit yang memaparkan ketua AMK Santubong, Haziq Aziz bersama seorang lelaki mirip Azmin Ali melakukan aksi seks luar tabie di atas ranjang di sebuah hotel.
Haziq membuat pengakuan sumpah bahawa beliau dan Azmin adalah lelaki dalam video semburit tersebut tetapi Azmin menafikan tuduhan Haziqa dan mengatakan ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.
Insiden video semburit ini telah menyebabkan PKR ditroll netizen sebagai Parti Kunyi Rakyat.
-Buletin TTKM-