April 21, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Samanlah saya kalau berani, cabar Haziq kepada Azmin

LANGKAWI 23 Jun: Haziq Abdullah Abdul Aziz mencabar Datuk Seri Azmin Ali untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sekiranya menteri ekonomi terbabit yakin bahawa beliau tidak bersalah.

Ketua Pemuda PKR Santubong itu berkata demikian dalam satu temubual khas bersama akhbar The Star di Langkawi.

“Saya bukan pembohong. Saya mahukan perkara tersebut dibawa terbuka di mahkamah supaya rakyat Malaysia boleh lihat sendiri buktinya. Rakyat Malaysia kemudian boleh nampak siapakah yang bercakap benar.” – Haziq Aziz.

Haziq yang juga merupakan seorang peguam berkata Azmin telah memberikan tuduhan yang tidak benar terhadap dirinya dan mengulangi dakwaan bahawa beliau juga merupakan mangsa situasi.

“Malahan, saya adalah mangsa situasi. Jika saya memfitnahnya, beliau ada semua hak untuk menyaman saya di mahkamah undang-undang. Pada awalnya, saya tidak mempunyai apa-apa terhadap Azmin kerana saya fikir kami berdua adalah mangsa dalam kes ini.

Saya menjadi marah apabila Hilman* cuba mendiamkan saya dan Azmin pula menuduh saya diletakkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Saya tidak berkata apa-apa yang buruk tentang Azmin. Beliau harus membuat laporan polis dan menyaman saya jika saya memfitnah beliau.” – Haziq Aziz

*(Hilman adalah setiausaha politik Azmin Ali- Editor TTKM)

Selain itu, Haziq turut merayu kepada polis untuk menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin.

“Polis mengambil kenyataan kedua saya selama empat jam, 9 malam dan 1 pagi pada Khamis. Saya terpaksa menerangkan dari A sehingga Z tentang apa yang berlaku kerana mereka katakan ada ruang masa, jadi saya harus berikan cerita saya yang lebih terperinci” – Haziq Aziz

Pada Selasa minggu lepas, beberapa siri video semburit tular di whats app yang menampilkan dua lelaki sedang melakukan seks luar tabie di atas ranjang.

Sehari selepas itu, Haziq membuat pengakuan bahawa beliau dan Azmin adalah sosok dalam video tersebut.

Azmin menafikan tuduhan itu dan berkata ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan untuk memusnahkan karier politiknya.

Beberapa jam selepas penafian itu dibuat, bahagian kedua video semburit yang lebih jelas pula disebarkan.

Sementara itu, Agensi berita Australia, SBS News melaporkan bahawa video semburit yang tular minggu lepas tiada bukti manipulasi imej.

Memetik Kevin Nguyen, seorang pakar forensik digital yang sebelum ini memberikan konsultasi dan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times, beliau memeriksa tiga siri video semburit untuk agensi berita tersebut.

“Pada peringkat imej, secara forensiknya disemak. Saya melakukan beberapa analisis forensik, merentasi tiga video dan pada enam titik, saya periksa tiada bukti manipulasi foto atau imej” – Kevin Nguyen

Nguyen berkata beliau tidak sama sekali mengatakan video tersebut bukan ‘deepfake’ terma yang digunakan untuk teknologi superimpose wajah pada video.
“Jika ia adalah deepfake, ia adalah yang sangat bagus” – Kevin Nguyen

Kes video semburit ini telah menyebabkan PKR ditroll netizen sebagai Parti Kunyit Rakyat. – Buletin TTKM –

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: