Sarawak bankrap? “Menipu muka konfiden sampai melompat-lompat!” Najib troll Guan Eng.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir menteri kewangan di atas kenyataan menteri terbabit bahawa Sarawak akan bankrap dalam masa tiga tahun lagi sekiranya terus di bawah pemerintahan Gabungan Parti Sarawak, GPS.

“Apabila menipu, kenalah muka nampak konfiden sambil melompat-lompat. Sarawak akan bankrap dalam tempoh 3 tahun lagi kerana perbelanjaan tahunan mereka adalah RM11 bilion untuk tahun ini dan rizab mereka hanya RM30 bilion? Ini perbelanjaan RM11 bilion untuk tahun 2019. Bukan DEFISIT RM11 bilion untuk tahun 2019. Sarawak tak ada hasil negeri ke? Tentu ada.”

Buletin TTKM mendapati pada video yang disertakan, Lim Guan Eng secara literal melompat-lompat apabila menerangkan perkata tersebut.

Video terbabit:

Tambah Najib lagi, belanjawan Sarawak bagi tahun 2019 adalah bajet lebihan.

Belanjawan 2019 Sarawak adalah bajet LEBIHAN atau surplus.

Hasil atau pendapatan Sarawak tahun 2019 adalah lebih besar dari perbelanjaan. Ada lebihan. Positif, bukan negatif. Lebihan sebanyak RM122 juta untuk tahun 2019. Maksudnya, pada akhir tahun 2019, rizab Sarawak yang kini mencecah RM30 bilion akan BERTAMBAH RM122 juta. BUKAN tolak atau kurang RM11 bilion. Positif dengan negatif. Surplus dengan deficit. – Najib Razak.

Beliau kemudian menyindir Lim Guan Eng dengan gelaran menteri kewayangan sambil menerangkan hal tersebut.

“Menteri Kewayangan tahu beza tak? Kalau tak tahu, boleh rujuk sini:

Hasil > Perbelanjaan = Lebihan / Surplus / Positif.

Hasil < Perbelanjaan = Defisit / Negatif.” – Najib Razak.

 

Guan Eng, ketika menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Sarawak di Kuching malam semalam, mengingatkan rakyat Sarawak bahawa negeri ini mungkin bankrap dalam tempoh 3 tahun di bawah GPS.

Beliau berkata, dengan belanjawan tahunan sebanyak RM11 bilion, rizab RM30 bilion Sarawak akan kering dalam masa 3 tahun.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP itu berkata, negeri itu mungkin mengalami nasib seperti Kelantan, yang menyaksikan kerajaan negeri berkenaan tidak mampu membayar gaji kakitangannya kerana pentadbiran yang lemah.

“Mereka terpaksa meminjam wang daripada kerajaan persekutuan bagi membayar gaji kakitangan dan saya meluluskan RM20 juta untuk tujuan tersebut,” – Lim Guan Eng

Bagaimanapun Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg mengumumkan tahun lepas bahawa hasil negeri bagi 2019 dijangka mencecah RM10.51 bilion, yang merangkumi cukai jualan ke atas produk petroleum sebanyak RM3.84 bilion, lapor Utusan Borneo.

Katanya, Sarawak juga boleh menaikkan cukai jualan ke atas produk petroleum berdasarkan perlembagaan negeri.

Guan Eng, ketika ditanya sama ada Kerajaan Persekutuan bersedia membayar cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum yang dikenakan oleh kerajaan Sarawak sejak Januari, enggan menjawab.

Lim bagaimanapun enggan menjawab ketika ditanya sama ada Putrajaya bersedia membayar cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum yang dikenakan oleh kerajaan Sarawak sejak Januari.

Sebelum ini, ketika kempen PRU 14, Pakatan Harapan memainkan propaganda bahawa  negara akan bankrap sekiranya terus dibawah pemerintahan Barisan Nasional kerana hutang yang tinggi.. Walau bagaimanapun, hutang negara tidak berkurangan malah semakin bertambah semenjak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada mei tahun lepas – Buletin TTKM –

Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita tanpa “fear or favor” dengan membuat sumbangan ke akaun: 8603355994 (CIMB Bank) Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version