Kuala Lumpur, 27 Jun : 4 jam selepas laman facebook TTKM menaikkan hantaran mengenai pintu luncur kaca (sliding door glass) yang pecah menunggu masa bederai di aras bawah bahagian kecemasan zon kritikal Hospital Besar Kuala Lumpur, pintu kaca itu kini telah dibaik pulih.
Tinjauan Buletin TTKM pada jam 4 petang tadi mendapati tiga pekerja kontraktor sedang sibuk memasang pintu kaca yang baru.
Laman troll politik no 1 negara itu menaikkan hantaran mengenai pintu kaca itu tengah hari tadi sambil memetik menteri Kesihatan.
Pintu kaca tersebut didapati pecah sejak beberapa bulan yang lalu. – Buletin TTKM.