Banner tulisan Cina di MOF dikecam netizen, admin FB MOF padam komen.

Putrajaya, 27 Jun: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng atau lebih dikenali sebagai Nobita dikecam netizen kerana banner tulisan Cina yang didakwa digantungkan di pejabat beliau.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan banner itu, dimuat naik di laman Facebook Kementerian Kewangan itu sebelum ini mendapat ribuan komen netizen yang mengkritik perkara tersebut kerana dikatakan membelakangi bahasa kebangsaan.

Walaubagaimanpun, Buletin TTKM mendapat hampir keseluruhan komen-komen tersebut telah dipadamkan oleh admin laman Facebook terbabit.

Tinjauan kami di hantaran itu tengah hari tadi hanya terdapat dua komen sahaja, berbanding ribuan komen semalam.

“Eh, dah hilang semua komen” kata seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Hafiz. – Buletin TTKM –

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.