(video) Isu ‘banner’: “Mainan rasis dan ekstrimis penyokong pembangkang”, kata Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Program Ruang Bicara bertajuk ‘Sales and Services Tax (SST)’ di Wisma Bernama hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Putrajaya 28 Jun: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan isu bunting tulisan cina adalah mainan rasis dan ekstrimis mereka yang menyokong pihak parti pembangkang.

Beliau yang turut dikenali sebagai Nobita itu berkata demikian apabila menjawab soalan wartawan semalam yang bertanyakan beliau apakah maksud tulisan tersebut.

“Janganlah saudari terjerumus dengan permainan rasis dan ekstrimis pihak-pihak, mereka yang sokong parti pembangkang. Kita hormati semua pihak dan kalau mahu memainkan isu sentimen sedemikian saya rasa kita buang masa sahaja. Kerana yang penting adalah ekonomi dan kebajikan rakyat” – Lim Guang Eng.

Terdahulu, beliau berkata bunting tersebut telah dipasang di pejabat beliau sejak Tahun Baru Cina yang lalu.

FB_IMG_1561612140389.jpg

Ahli parlimen DAP Batu Kawan itu turut mempersoalkan mengapa ayat al-quran yang diletakkan di pejabat beliau tidak pula disiarkan.

“Tetapi mengapa siarkan ini (bunting tulisan cina)?.. Tapi ada juga ayat surah Quran dalam pejabat saya, mengapa ini tidak ditunjukkan?” – Lim Guan Eng.

Dalam perkembangan yang sama, bekas perdana menteri, Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Jibby berkata di facebooknya bahawa ayat al quran yang terdapat di memang sudah lama ada di pejabat menteri kewangan tersebut sebelum Lim Guan Eng menduduki pejabat itu lagi.

“Ayat Al Quran yang dipamerkan di pejabat Guan Eng sebenarnya ditinggalkan oleh saya.Dah lama dah di sana.Hari ini, Guan Eng menggunakan ayat Quran ini sebagai contoh apabila dia mempertahankan tulisan-tulisan Cina yang dia pamerkan di pejabat Kementerian Kewangan.” – Najib Razak.

Sementara itu, Anwar Ibrahim pula mendakwa ayat al-quran di pejabat Lim Guan Eng itu dinukilkan oleh beliau.

“Saya berkesempatan temui YB Lim Guan Eng di pejabat seusai acara dengan Sasterawan Negara Isnin lalu. Tersentuh setelah melihat khat Quran yang saya nukil untuk Pengisytiharan Permatang Pauh 1998 mengenai usaha islah atau reformasi sedaya upaya.” – Anwar Ibrahim.

Lim Guan Eng dikritik di media sosial berhubung bunting tulisan cina di pejabat beliau itu yang dikatakan membelakangi bahasa kebangsaan.

Semalam, ribuan komen  mensasarkan Lim Guan Eng  di hantaran facebook Kementerian Kewangan yang memaparkan gambar tersebut, telah dipadamkan oleh admin facebook terbabit.

Untuk rekod, sebaik sahaja dilantik sebagai menteri kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan beliau sebagai rakyat Malaysia, dan melihat dirinya bukan sebagai  orang cina.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan wartawan tentang orang cina pertama dilantik ke jawatan tersebut selepas 44 tahun.

 “Saya orang Malaysia. Saya tidak lihat diri saya sebagai orang cina” – Lim Guan Eng.

– Buletin TTKM-

Video kredit KiniTV:

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.