Papan tanda tulisan cina: minggu depan baru diputuskan nasibnya.

Kuala Selangor, 29 Jun: Keputusan sama ada papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin yang dipasang di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan diturunkan atau tidak akan diumumkan minggu hadapan kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Bernama memetik beliau sebagai berkata isu mengenai papan tanda berkenaan yang menjadi hangat sejak minggu lepas telah dibincangkan dan diputuskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lepas.

“Saya akan umum nanti, kita sudah buat keputusan dalam MMKN, tetapi kita harus menetapkan dan memutuskan minit tersebut terlebih dahulu.

“Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai perkara ini, dan Inshaallah keputusannya akan diumum minggu hadapan,” – Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bridge of Dreams di Eco Grandeur di Kuala Selangor.

Pada 17 Jun lalu, sebuah media tempatan melaporkan banyak papan tanda ditulis dalam bahasa Cina di Tanjung Sepat hingga menerima kecaman daripada ramai pihak.

Pada November tahun lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua papan tanda nama jalan bertulisan Cina di Shah Alam yang memaparkan tulisan cina  ditanggalkan dan diganti serta merta dan  digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

Daerah Tanjung Sepat merupakan penduduk bermajoriti Melayu dan diwakili oleh ADUN dari parti PKR, YB Borhan Bin Aman Shah.

 

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version