June 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

PM naik jet kerajaan untuk acara sambutan hari raya parti Bersatu?

Oleh: Editorial TTKM

Perdana menteri, Tun Dr Mahathir semalam, 29 Jun tiba di Kedah untuk acara MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diadakan di Dewan Konvensyen MBI Desaku Kulim, Kedah.

Menurut gambar yang diperoleh dari laman facebook Tun Dr Mahathir, beliau tiba dengan menaiki pesawat milik kerajaan persekutuan dengan memakai baju melayu berwarna merah.

65310090_10156479122363652_5362416129622933504_o.jpg
Gambar dari Facebook Tun Dr Mahathir.

 

Pada 22 Jun lalu, Tun Dr Mahathir mengajak orang ramai untuk hadir ke majlis tersebut melalui facebook beliau:

Acara yang beliau hadiri itu adalah jelas acara yang dianjurkan oleh parti politik Bersatu, dan bukanlah acara rasmi kerajaan persekutuan. Ia turut dihadiri presiden Bersatu, Muhyidin Yasin dan timbalan presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir serta Timbalan presiden PKR, Dato Azmin Ali.

Dalam video yang dinaikkan oleh Zainal Nor dari parti Bersatu, kelihatan jelas Tun Dr Mahathir memakai baju melayu merah. baju yang sama dipakai ketika beliau turun dari pesawat kerajaan.

Dalam majlis tersebut, Tun Dr Mahathir berkata walaupun kerajaan PH dikatakan tidak cekap, tetapi ia lebih cekap dari kerajaan BN terdahulu  terutamanya dalam penghapusan rasuah.

“…Kita sudah selesaikan banyak masalah yang ditinggalkan parti lama yang memerintah sebelum ini dan kita percaya tak lama lagi keadaan negara kita akan pulih.

Kita dah janji untuk berkongsi kekayaan negara dan kita perkenalkan dasar baharu iaitu ‘Kemakmuran Bersama’. Kita akan tentukan tiada sesiapa akan tertinggal.

Pemerintahan ini walaupun dikatakan tidak cekap, tapi lebih cekap daripada kerajaan dahulu dan dengan penghapusan rasuah, negara akan lebih maju dan rakyat hidup lebih sempurna.” – Tun Dr Mahathir.

Persoalannya di sini, mengapakah Tun Dr Mahathir menggunakan jet kerajaan untuk acara parti beliau? Bukankah ini adalah satu salah guna kuasa? Tidakkan beliau tahu bahawa salah guna kuasa itu juga adalah satu bentuk korupsi atau rasuah?

Kami mendesak SPRM dan pengerusi baharunya, Latheefa Koya supaya segera menyiasat perkata ini.

Jet kerajaan untuk acara kerajaan, kalau mahu pergi acara parti, silalah guna pengangkutan sendiri. Bukankah  beliau dan anak-anaknya kaya raya? Tak mampu nak sewa jet peribadikah? – Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: