June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Pencemaran udara toksik: Jurugambar NSTP sah jangkitan paru-paru

JOHOR BAHRU, 1 Julai : Seorang jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas mengalami gejala muntah, demam, sesak nafas dan pitam dipercayai akibat pencemaran udara di Pasir Gudang.

Berita Harian melaporkan Mohd Azren Jamaludin, 33, yang ditugaskan membuat liputan isu pencemaran udara sejak seminggu lalu, kini masih di bawah pengawasan doktor kerana turut disahkan dijangkiti virus Influenza B.

Doktor yang merawatnya mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat terdedah terlalu lama dalam persekitaran tercemar.

Sejak 10 hari lalu, gelombang kedua pencemaran udara toksik melanda Pasir Gudang.

Sehingga kini, kerajaan masih belum dapat mengenal pasti punca pencemaran udara toksik tersebut.

BACA: Selepas 10 hari, kerajaan masih gagal cari punca udara toksik di Pasir Gudang.

– Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: