(video) Selepas 10 hari, kerajaan masih gagal cari punca udara toksik di Pasir Gudang.

Pasir Gudang, 1 Julai: Selepas 10 hari gelombang kedua pencemaran udara toksik melanda Pasir Gudang dan menyebabkan puluhan pelajar terkesan, kerajaan masih belum dapat mengenal pasti punca udara toksik tersebut.

Dalam satu sidang media oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Malaysia, Yeoh Bee Yin , pagi tadi, kedua-duanya tidak dapat menjawab soalan mudah wartawan mengenai punca tragedi ini.

Buletin TTKM menyediakan transkripnya seperti dibawah:

Soalan wartawan : Selepas 10 hari kita tak tahu punca, sampai bila kita nak tunggu sebab ini membahayakan keselamatan anak-anak terutamanya yang dekat sekolah?
Mohd Khuzzan Abu Bakar: Kita bukan tidak (buat) kerja, semua agensi yang ada JAS, Bomba, Jabatan kimia, DOSH dan pihak berkuasa tempatan telah menjalan tugas untuk mencari punca… sebenarnya kita nak pastikan apakah sebenarnya gas yang menyerang kawasan sekolah itu. Itu yang kita nak lihat.

So ini yang kita ambil pendekatan hari ni secara serentak kita turun untuk memastikan apa sebenarnya yang dapat dan petang ini insyaallah YB Yeo menteri ada pertemuan dengan pengusaha-pengusaha industri di kawasan Pasir Gudang. Jadi insyaallah kita dapat selesaikan isu ini dalam satu dua hari inilah.
Yeoh Bee Yin: Saya nak katakan bahawa kerja-kerja pemantauan telah pun dijalankan sebelum sekolah dibuka. Lebih dari 100 pegawai kita dikerahkan dari agensi-agensi berbeza. Kita pergi semua lokasi-lokasi yang boleh tempat yang kita boleh lihat bacaan.

Semua bacaan OK, hari esoknya dia masuk sekolah pelajar ada sikit simptom-simptom. Tapi apa yang saya katakan selepas kita rehatkan mereka, tenangkan mereka, hanya 10 masuk untuk pemeriksaan lanjut.

So saya nak katakan di sini bahawa pegawai-pegawai telah buat yang terbaik. Kita akan memperbaiki apa yang kita boleh buat. Tetapi saya akan tidak bertanggung jawab kalau saya pin point ini puncanya.

So kerajaan perlulah saintifik, its not collaborate, lokasi yang berbeza mangsa selepas saringan sangat kurang orang, yang ini dari lokasi yang jauh. Kalau dia dah jauh kalau kita tengok satu punca dia takkan sini sana sini sana, jadi apakah puncanya.

Video sidang media ehsan Sinar :

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.