Dakwaan suami miliki 3 kilang kimia: Yeo Bee Yin akan ambil tindakan undang-undang kerana siar fitnah.

Oleh : Yeo Bee Yin

Kenyataan tidak bermaruah ini adalah penghinaan kepada beratus-ratus orang pegawai kerajaan dari semua agensi yang terlibat dalam menangani insiden gangguan kesihatan di Pasir Gudang baru-baru ini.

Mereka bertungkus-lumus bekerja siang dan malam tanpa mengenal penat lelah untuk mengambil bacaan parameter dan menganalisis data untuk mencari punca insiden ini.

Tindakan mereka mempolitikkan insiden ini adalah sesuatu yang jijik dan keji kerana tidak mengambilkira perasaan dan trauma yang dialami oleh ibu-bapa dan kanak-kanak yang mengalami kesan dari situasi ini.

Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang menyebarkan fitnah dan menyalahgunakan kebebasan bersuara.

– Yeo Bee Yin


Kenyataan ini adalah pandangan peribadi Penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM – Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.