Berita

“No action, talk only!” : Menteri Alam Sekitar dan pengusaha kilang dimaki bapa mangsa.

By Buletin TTKM

July 02, 2019

Pasir Gudang, 2 Julai: Seorang lelaki tidak dapat menahan marah beliau ketika sesi townhall di Pasir Gudang bersama pengusaha kilang dan menteri alam sekitar, Yeo Bee Yin semalam.

Dalam satu video yang tular di media sosial, beliau yang merupakan bapa mangsa berkata anaknya merupakan pelajar terbaik akan mengambil UPSR pada bulan 9 tetapi dalam beberapa bulan ini sekolah cuma buka beberapa hari sahaja.

Beliau juga berkata kepada pengusaha kilang sekiranya tindakan menutup kilang perlu diambil untuk menyelesaikan isu pencemaran udara ini, maka tindakan tersebut harus diambil kerana nyawa anak-anak lebih penting.

Berikut kami sediakan transkrip ucapan beliau:

“Saya harap ia akan berlaku pada keluarga anda kelak. Dia akan mengambil UPSR bulan 9 . Sekarang, dalam masa beberapa bulan sekolah cuma buka 2 hari sahaja. Dan beliau merupakan pelajar terbaik. Jika anda semua tidak serius mengenai perkara ini, apa akan jadi kepada anak-anak anda. Mungkin ia tidak melibatkan anak anda, keluarga anda. Duit bukan keluar dari poket anda. Duit poket saya yang keluar untuk hantar ke hospital… Jika perlu tutup kilang anda, jadi tutuplah kilang anda! Nyawa lagi penting! Saya kecewalah! NATO.: No action Talk Only. Dah tiga bulan dah benda ni. .. Ambil seriuslah!”

Sesi townhall itu dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Kementerian Alam Sekitar  berhubung insiden ‘gangguan kesihatan’ di Pasir Gudang sejak 10 hari lepas. Ia diadakan di bangunan Majlis Pembandaran Pasir Gudang semalam yang turut menjemput pengusaha-pengusaha kilang di sekitar kawasan tersebut.

Sehingga kini, kerajaan masih belum mengenal pasti punca pencemaran itu.

Kemaskini : Buletin TTKM mendapati bapa mangsa dikenali sebagai Idham Wazir dan anaknya pula bernama Irfan Wafi. Sehingga ini, adik Irfan masih menerima rawatan dan sering kali berulang alik ke Hospital Sultan Ismail. Baca temubual TTKM dengan bapa mangsa dan video keadaan adik Irfan di sini: https://ttkm.com.my/2019/07/02/eksklusif-ttkm-hubungi-bapa-mengamuk-di-townhall-semalam-video-anaknya-kesan-pencemaran-sangat-menyayat-hati

 

 

-Buletin TTKM-

Video :