Sudah 6 tahun, bila masalah PPR Lembah Subang 1 nak selesai?

Kuala Lumpur 2 Julai:  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang yang serba daif, kotor, bocor sana sini, berbau langsung tidak selamat diduduki penduduk.

Penduduk yang menghubungi Buletin TTKM berkata masalah ini berlanjutan sudah bertahun-tahun dari kerajaan BN dan semakin melarat di bawah kerajaan PH.

Kami turun ke lokasi untuk meninjau sendiri keadaan rumah pangsa tersebut yang mempunyai 3004 unit rumah dan mendapati aduan penduduk ternyata benar.

Setibanya kami di premis tersebut, kami disambut dengan bau yang kurang menyenangkan; tahi dan kencing kucing, sampah sarap di merata tempat serta vandalisme.

Di tempat pembuangan sampah pula, timbunan sampah setinggi gunung, entah berapa lama tidak dikutip pihak berkuasa tempatan.

Tidak cukup dengan itu, keselamatan penduduk juga dalam bahaya kerana terdapat tangga di mana tiada railing. 

 

Ada juga unit kosong yang dijadikan tempat membuang sampah.

Projek Perumahan Rakyat tersebut sebelum ini adalah dibawah penyeliaan kerajaan negeri selangor dan penyelenggaraan yang teruk ketika itu telah menyebabkan KPKT di bawah kerajaan BN mengambil alih pada 2017.

Pada 2018, PH telah mengambil alih kerajaan dan masalah yang sama masih tiada penyelesaian.

Pada Ogos 2018, menteri KPKT,  Zuraida turun padang di premis tersebut dan mengumumkan satu jawatan­kuasa akan dibentuk yang dikendalikan oleh Adun Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha bagi memantau projek pembangunan semula melibatkan 3,004 unit.

Beliau juga berkata  kementerian akan melaksanakan pro­­gram jangka pendek bagi me­nangani permasalahan penduduk PPR itu termasuk membaiki lif, pe­ngurusan air dan sampah serta keselamatan.

“Keadaan perumahan kos rendah tersebut sudah terlalu uzur walaupun baharu berusia 18 tahun. Ini menjadikannya projek paling utama sekali gus mendahului senarai perkara berbangkit yang memerlukan perhatian serius kementerian. Langkah drastik ini diambil melalui pembentukan jawatankuasa bertindak melibatkan penduduk dan beberapa lagi pihak bagi menggerakkan usaha sama ada meroboh, membina semula atau melaksanakan kaedah lain,” – Zuraida

Kini setelah hampir setahun kunjungan menteri, masalah yang sama masih berlanjutan.

Berikutan itu kami menghubungi ahli parlimen kawasan terbabit, Maria Chin dan beliau mengakui masalah tersebut dan berkata tindakan sedang diambil oleh KPKT dan perkara ini memerlukan masa.

“Tindakan sedang diambil oleh KPKT. Ada beberapa cadangan dan masih perlu masa. Audit penghuni masih dijalankan.” – Maria Chin.

Manakala  Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Talha meminta supaya aduan dibuat di pejabat infra harta.

“Maintenance oleh kontraktor intraharta yang dilantik oleh jabatan perumahan negara.” – Haniza Talha.

Kami turut menghubungi Zuraida tetapi setakat ini masih belum mendapat maklum balas.

Penduduk menagih janji ditunaikan ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

Sampai bilakah penduduk PPR Lembah Subang harus menderita begini?

Kami sertakan gambar-gambar menunjukkan keadaan menyedihkan rumah pangsa PPR Lembah Subang ini untuk tatapan pembaca. Klik pada imej untuk resolusi lebih besar.  -Buletin TTKM- 

 

WhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.46 AMWhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.46 AM (1)WhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.45 AMWhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.45 AM (2)WhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.45 AM (1)WhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.44 AMWhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.44 AM (3)WhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.44 AM (2)WhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.44 AM (1)WhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.43 AMWhatsApp Image 2019-07-02 at 10.29.43 AM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 4.22.24 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 4.22.10 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 4.22.10 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.52.40 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.52.40 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.52.01 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.52.01 PM (2)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.52.01 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.52.00 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.49.59 PM (2)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.49.59 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.49.58 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.48.46 PM (2)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.48.46 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.48.46 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.47.15 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.47.16 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.46 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.14 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.13 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.12 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.07 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.08 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.07 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.09 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.11 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.06 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.06 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.05 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.04 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.04 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.03 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.01 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.01 PM (2)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.01 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.02 PM (1)WhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.02 PMWhatsApp Image 2019-06-01 at 3.46.03 PM (1)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.