Undian: 93% percaya Jamal Yunos lebih jujur berbanding Azmin Ali.

Media Sosial, 2 Julai: Satu undian atas talian yang dijalankan laman facebook TTKM melibatkan 27 000 responden merasakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos lebih jujur dengan awam berbanding timbalan presiden PKR yang juga menteri ekonomi, Azmin Ali.

Menurut keputusan undian tersebut, Jamal Yunos memperoleh 93% undian dengan 25 000 undi manakala Azmin Ali ketinggalan jauh kebelakang hanya mendapat 7% undian dengan 1800 undi.

Keputusan ini mengejutkan banyak pihak walaupun undian tersebut dilakukan TTKM dengan menggunakan gambar Jamal Yunos dalam keadaan bertuala putih memegang gayung berwarna merah sambil berus gigi diselitkan di telinga. manakala gambar Azmin Ali pula dalam keadaaan sedih menangis dengan tangannya menadah doa.

Sementara itu, Buletin TTKM turut mendapati undian ini dikongsikan oleh Jamal Yunos di akaun facebook beliau.

jamal.JPG
Tangkap layar Jamal Yunos kongsikan undian TTKM.

Imej Azmin Ali tercalar teruk rentetan video semburit yang memaparkan Haziq Aziz, ketua AMK Santubong dengan lelaki mirip menteri itu.

 

Haziq membuat pengakuan bahawa beliau dan Azmin merupakan sosok dalam video yang menjadi tular di whatsapp.

Walau bagaimanapun, Azmin Ali menafikan perkata tersebut sambil mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan untuk memusnahkan karier politiknya.

Haziq mencabar Azmin Ali supaya menyaman beliau sekiranya dakwaan yang dilakukan olehnya itu adalah fitnah, tetapi sehingga kini menteri ekonomi terbabit tidak berbuat demikian.

Pakar forensik digital dari Australia pada beberapa minggu lepas mengatakan tiada bukti manipulasi foto pada video semburit itu.

Insiden video semburit ini telah menyebabkan PKR ditroll netizen sebagai Parti Kunyit Rakyat- Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.