Eksklusif, wawancara penuh dengan bapa mangsa : “Kami akan saman!”

Semalam, Buletin TTKM menghubungi Idham Wazir yang ‘mengamuk’ di sesi town hall bersama menteri alam sekitar kelmarin.  Beliau merupakan bapa kepada mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim, adik Irfan Wafi,12 tahun. Berikut merupakan transkrip penuh wawancara kami bertanyakan keadaan terkini adik Irfan Wafi dan sebab sebenar beliau terjah town hall tersebut:

Buletin TTKM: Adakah adik Irfan, masih lagi dalam keadaan sakit seperti dalam video yang tular itu?

Video : Irfan kelihatan agak sukar untuk berjalan kesan dari pencemaran toksik dari Sungai Kim Kim.
Idham Wazir: Masih lagi. Semalam baru balik dari hospital. Lepas balik hospital, itu yang saya terus ke sana (townhall bersama menteri alam sekitar, Yeo Bee Yin.) Itu yang darah saya menyirap tu.

Video : Adik Irfan tidak dapat berdiri dengan stabil dan terketar-ketar ketika menunaikan solat dan terpaksa duduk di kerusi untuk menunaikan kewajipan kedua rukun islam itu :
Buletin TTKM:  Adakah adik Irfan masih lagi menerima rawatan? Di hospital mana?
Idham Wazir: Ya masih. Dulu ketika kejadian (pencemaran sungai Kim Kim 3 bulan lalu) mereka hantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) , tetapi di sana tiada pakar dia. Pakar dia di pediatrik  Hospital Kuala Lumpur (HKL) . Kemudian, dari HKL, rawatannya sambung pula ke sini, setelah doktor memberikan nasihat, jadi berulang alik pula ke HSI.
Buletin TTKM: Apakah nama penyakit yang dihidapi oleh adik Irfan tersebut?
Idham Wazir: Myo Kimia.
Buletin TTKM: Adakah penyakit tersebut sah berpunca dari pencemaran sungai Kim Kim 3 bulan yang lalu?

Idham Wazir: Ya. Anak saya paling lama dimasukkan ke dalam wad, selama 10 hari. Kemudian sampai di Kuala Lumpur pun dalam laporan polis, dan jabatan semua ada dinyatakan di situ puncanya adalah pencemaran, apalah yang nak disangkal lagi.
Buletin TTKM: Media arus perdana dan alternatif nampaknya tidak menaikkan isu ini, seperti didiamkan?

Idham Wazir: Ya, tiada perhatian. Sebab itu saya sebenarnya sedang menubuhkan persatuan, ada lebih kurang 80 ahli kelab mewakili ratusan mangsa, yang berulang-ulang (rawatannya) yang tiada perhatian dan tiada pembelaan. Kemudian selepas selesai dengan urusan penubuhan dengan ROS, kami akan failkan saman di mahkamah.
Buletin TTKM: Siapakah yang akan disaman itu?

Idham Wazir: Ramai yang hendak disaman. Kilang, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan pengairan dan Saliran, Majlis perbandaran pasir gudang. Perinciannya ada pada peguam saya di Kuala Lumpur.
Buletin TTKM: Adakah pembelaan dari pihak kerajaan terhadap rawatan adik Irfan?

Idham Wazir: Mereka senyap. Saya sendiri keluarkan duit. Itulah yang saya geram tu. (Pada sesi town hall tersebut) kilang tu boleh kata tak nak keluarkan duit, menteri pula minta kilang beri cadangan. Dah terbalik pula tu. Tiada pembelaan.
Buletin TTKM: Menteri tanya pengilang untuk penyelesaian?
Idham Wazir: Ya. Sebab itu dia adakan town hall (menteri dan pengilang) tu. Dan saya ketika itu nekad terjah sahaja.

Video : Idham Wazir melepaskan kemarahan kepada menteri alam sekitar dan pengilang pada sesi town hall kelmarin. Kanak-kanak berbaju merah memakai penutup muka di belakang Idham itu adalah anak beliau, adik Irfan Wafi. 

Buletin TTKM: Terima kasih kerana meluangkan masa untuk wawancara ini.

Idham Wazir: Sama-sama.

BACA BERITA SEBELUM INI:

“No action, talk only!” : Menteri Alam Sekitar dan pengusaha kilang dimaki bapa mangsa.

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version