May 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

KERAJAAN PH dan GLC jual aset kerana Najib tinggalkan najis. – A Kadir Jasin

Oleh : A Kadir Jasin

Mohd Najib Abdul Razak tinggalkan “tahi” lebih RM75 bilion melalui bermacam-macam skandal – 1MDB, SRC International, Felda, FGV, Tabung Haji, LTAT, Sabah Multi-prodict pipelines dan banyak lagi.

Hampir habis tanah kerajaan dijual untuk bayar hutang 1MDB. Bila tidak lagi yang mampu beli, Bank Negara dipaksanya.

Itu pun ada lagi Melayu Islam tok haji dan tok lebai yang angkat dia jadi bossku.

Malah ada pensyarah dan profesor yang termakan dan terkena sihir politiknya.

Hari ini tersebar tulisan seorang pensyarah UKM bernama Abdul Muein Abadi yang kritik keras kerajaan Pakatan Harapan kerana kononnya jual harta negara.

Pihak UKM dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka.

Kebebasan akademik tidak bererti lesen untuk menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan.

Kalau ia pun kerajaan PH jual aset, ia adalah aset perniagaan yang memang boleh dijual beli.

Tapi kerajaan mana paksa LTAT beli konsesi EAS bila projek pengawasan laju jalan raya itu tidak dapat dilaksanakan? Kerajaan BN. Sekarang kenapa salahkan PH kalau LTAT terpaksa jual harta?

Kenapa tidak sebut RM17 bilion yang kerajaan PH belanja untuk selamatkan Tabung Haji dan RM6.23 bilion untuk selamatkan Felda yang Najib dan kroninya jahanamkan?

Kerajaan PH dan GLC terpaksa jual aset kerana Najib tinggalkan najis kewangan yang bertimbun kerana dia nak jadi raja dengan menggunakan duit. Malang bagi raja duit rakyat tolak dia.

Wallahuaklam. Terima kasih.


Penulis adalah penasihat media perdana menteri. Tulisan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM. – Editor.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: