Sangkal A. Kadir Jasin: Pensyarah UKM tunjuk bukti kerajaan PH/GLC jual RM20 bil aset.

Oleh : Abdul Muein Abadi

Saya telah diugut pihak tertentu kerana Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menuduh saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’ dipercayai melalui artikel saya yang bertajuk ‘400 Hari Pakatan Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara’.

Demi Allah, saya dengan ini menjemput anda semua menyemak sendiri kesemua fakta dan laporan yang telah saya gunakan sebagai rujukan untuk artikel saya tersebut.

1. Fakta kerajaan Pakatan menjual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion: https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-divest-16-ihh-mit… dan juga (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…).

2. Fakta Khazanah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa: https://www.dealstreetasia.com/…/khazanah-turkish-insurer-…/.

3. Fakta seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion https://www.reuters.com/…/update-2-malaysias-axiata-accepts….

4. Fakta Khazanah jual saham TNB sebanyak 85 juta unit: https://www.bharian.com.my/…/harga-saham-tnb-menjunam-permo…

5. Fakta penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion: https://www.omv.com/…/190201_omv_and_sapura_energy_close_ag….

6. Fakta Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta: https://www.techinasia.com/malaysia-axiata-digital-sells-ve…

7. Fakta lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta: http://www.bhplus.com.my/…/khazanah-jual-saham-bank-filipin….

8. Fakta Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta: http://www.astroawani.com/…/boustead-jual-hotel-royale-chul…

9. Fakta Khazanah menjual 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham https://www.freemalaysiatoday.com/category/tag/cimb/

10. Fakta bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat telah diumumkan akan dijual kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion: https://www.sinarharian.com.my/…/Penjualan-bangunan-konsula…

11. Fakta Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 (https://themalaysianreserve.com/…/boustead-plantations-pla…/)

12. Fakta FGV dan Tabung Haji cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia: https://www.bharian.com.my/…/fgv-tabung-haji-pertimbang-jua…

13. Fakta Tun Mahathir sendiri mengaku secara terbuka bahawa beliau berminat untuk menjual aset untuk meraih pendapatan: “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan…Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”: http://www.astroawani.com/…/kerajaan-akan-jual-aset-demi-ku….

14. Malah, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB): https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…

15. Kesemua laporan ini adalah berdasarkan rujukan langsung daripada portal utama seperti The Edge Markets, Reuters, Astro Awani, Deal Street Asia, The Malaysian Reserve, dan pelbagai portal berita arus perdana dalam negara. Adakah tuan Penasihat Media Perdana Menteri menuduh kesemua portal ini ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’? Jika ya, maka silalah ambil tindakan ke atas kesemua portal ini.

16. Seharusnya sebagai seorang Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ramai, beliau perlu menjawab kesemua persoalan yang diajukan Pensyarah Universiti Awam dengan matang dan profesional, bukannya bertindak mengeluarkan kenyataan di media sosial.

17. Kurang manis apabila Penasihat Media Perdana Menteri ‘mengarahkan’ ‘Pihak UKM dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka’ di media sosial. Ini bukan sahaja kurang profesional dan kurang matang, tetapi juga bertentangan dengan prinsip kebebasan akademik yang dilaungkan pihak kerajaan selama ini.

18. Semoga tindakan Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ini tidak diulangi lagi pada masa akan datang, sekali gus tidak menghalang para pensyarah lain untuk terus terlibat memberi pandangan kritis kepada dasar-dasar kerajaan demi kemajuan negara kita bersama.

19. Secara peribadi saya tiada dendam apatah lagi benci sama sekali terhadap Penasihat Media Perdana Menteri kita ini dan saya maafkan tuduhan beliau bahawa saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’. Namun, sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya tetap berpegang teguh dengan Falsafah UKM iaitu ‘”Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti”.

Maka insyaAllah saya akan terus memberi teguran dan pandangan kepada kerajaan, sesuai dengan tugas saya sebagai Pensyarah Sains Politik di UKM.

Terima kasih,
Abdul Muein Abadi

1 Comment

  1. Really rather interesting web-site. Incredibly pleasant in the direction of go through and Really considerably fascinating content material. Of course period incorporates not still occur back again and greet

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.