“Banyak kemungkinan punca penyakit Myokymia..”- Timb Menteri Kesihatan

CYBERJAYA: Selepas 3 bulan kejadian menimpa adik Irfan Wafiy, Kementerian Kesihatan berkata akan membuat siasatan dan pemeriksaan lanjut terhadap adik malang tersebut yang disahkan menghidap Myokymia, iaitu sejenis penyakit menyebabkan beberapa anggota badannya menggeletar.

(Video: Kaki Irfan menggeletar, video kredit FB Idham Wazir)

Berita Harian memetik Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, sebagai berkata pihaknya akan mengenal pasti punca sebenar penyakit dialami Irfan Wafiy, termasuk sama ada ia kesan terdedah pencemaran toksik dari Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang, Mac lalu.

“Banyak kemungkinan punca penyakit Myokymia, kadangkala ia kerana tumor otak atau penyakit lain.

“Justeru, kita perlu mengenal pasti punca penyakit berkenaan sebelum boleh membuat sebarang rumusan. Kita akan membuat siasatan dan pemeriksaan lanjut sama ada ia berkaitan (kesan pencemaran) atau tidak,” – Dr Lee Boon Chye,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2019, di sini, semalam.

Irfan Wafiy yang juga anak keempat daripada lima beradik, disahkan menghidap Myokymia, iaitu penyakit seakan-akan Parkinson.

Ayahnya, Idham Wazir  berkata penyakit yang menimpa Irfan bermula sejak dia   dimasukkan ke dalam wad di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu selama 10 hari selepas mengalami kesukaran bernafas dipercayai terhidu gas toksik dari pencemaran Sungai Kim Kim.

Beberapa hari lalu, Idham menerjah sesi town hall  yang dihadiri menteri Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dan meluahkan rasa marah beliau di atas kejadian yang menimpa anaknya kerana tiada pembelaaan dari pihak berwajib. – Buletin TTKM-

“Saya harap ia akan berlaku pada keluarga anda kelak. Dia akan mengambil UPSR bulan 9 . Sekarang, dalam masa beberapa bulan sekolah dia cuma datang 2 hari sahaja. Dan beliau merupakan pelajar terbaik.

Jika anda semua tidak serius mengenai perkara ini, apa akan jadi kepada anak-anak anda. Mungkin ia tidak melibatkan anak anda, keluarga anda. Duit bukan keluar dari poket anda. Duit poket saya yang keluar untuk hantar ke hospital…

Jika perlu tutup kilang anda, jadi tutuplah kilang anda! Nyawa lagi penting! Saya kecewalah! NATO.: No action Talk Only. Dah tiga bulan dah benda ni. .. Ambil seriuslah!”



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: