Kerajaan negeri akan bertemu adik Irfan

PASIR GUDANG 5 Julai- Kuasa tular. Kerajaan negeri akhirnya akan mengadakan pertemuan dengan keluarga mangsa pencemaran Sungai Kim Kim, Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang disahkan menghidap penyakit Myo Kimia, lapor Utusan Online.

“Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan juga sentiasa memantau keadaan adik Irfan Wafiy.

“Kita akan adakan pertemuan bagi mendapatkan maklumat, akan pastikan apa yang mereka perlukan dan lihat apa sebenarnya berlaku,” –  Mohd. Khuzzan Abu Bakar

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini kelmarin.

Beberapa hari lepas, cerita mengenai penderitaan adik Irfan mula mendapat perhatian apabila video ayahnya, Idham Wazir menerjah Town Hall bersama menteri alam sekitar, Yeo Bee Yin ditularkan oleh laman facebook TTKM.

Unit beritanya, Buletin TTKM kemudian mewawancara  Idham Wazir lalu  menularkan video adik Irfan yang mengalami kesukaran untuk berjalan dengan stabil. 

Baca:Eksklusif, wawancara penuh dengan bapa mangsa : “Kami akan saman!”

Menurut ibunya, Norlela Abu Hashim, 45, sejak menjadi mangsa pencemaran tersebut, Irfan Wafiy tidak boleh berjalan dengan betul sebaliknya terpaksa melangkah perlahan-lahan dan kadang-kadang terpaksa menyeret kakinya.

Irfan Wafiy merupakan antara mangsa yang paling teruk kesan daripada pencemaran itu contohnya apabila berjalan terlalu lama, kedua-dua belah kakinya akan cepat letih, lenguh, sakit dan menggigil terutama kaki kiri serta tidak boleh lagi berlari. – Buletin TTKM –

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: