Apa kata netizen : “Pencemaran Sungai Kim Kim bukan punca myokymia adik Irfan?”

Kementerian Kesihatan berkata tiada bukti yang menunjukkan insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Km pada bulan Mac lalu adalah penyebab kepada myokymia yang dihidapi oleh adik Irfan Wafiy.

Berikut merupakan komen netizen berhubung perkara tersebut yang kami kompilasikan dari laman facebook TTKM.
(Komen-komen ini adalah pendapat peribadi tukang komen dan tidak mewakili pendirian TTKM – Editor.) 
Raden Effan semoga rakyat ambil ini sebagai pengajaran… nampak terang sedang dispin… semoga tuhan memberikan kesihatan yang baik utk adik irfan & semua anak anak pasir gudang
Aiman Taher Kalau KKM sendiri dah keluar kenyataan mcm ni, susah nak saman dah… Doktor2 bawah KKM dah susah nak bagi kerjasama jadi saksi pakar bagi pihak keluarga..
Lee Shyda Ni semua gila. Putar belit keadaan mangsa. Teruskn je saman. Nk korek keadaan sebenar, biar pihak bkuasa yg tlibat dlm tempoh saman tu sekali buat keje
Mafas Hasan Laaa  kan family dia cakap kes pencemaran di Pasir Gudang tu “TRIGGED POINT” adik Irfan jadi begitu. Contohnya begini, sel kanser ada dalam semua manusia, apa yang menyebabkan sel kanser itu aktif? Rokoklah contoh paling ketara sebagai “TRIGGED POINT”. So orang akan salahkan rokok sebagai punca kejadian sel kanser tu aktif. Takkan orang nak salahkan Timbalan Menteri Kesihatan pulak kan?
Tapi kalau cenggini la perangai, memang orang salahkan Timbalan Menteri Kesihatan la. Xpela kalau Timbalan Menteri Kesihatan kata begitu. Teruskan saja saman dan kemudian pasti akan ada siasatan pakar.
Mohd Nizam Malaysia Baru.. Hanya menteri2 dan puak2 kapitalis sahaja yg layak utk hidup. Rakyat ni umpama sampah sahaja. Tak perlu pembelaan. Sejak dari kes arwah Adib sampai sekarang kerajaan gagal membela nasib rakyat. Mrk hanya nak selamatkan geng2 dan kroni2 mrk sahaja. Siapa yg tak nampak lagi memang buta lah.
Amal Usoff Tak pa .. kita bawa Semangat adib dan adik irfan untuk jatuhkan kerajaan pakatan hancing ni… nampak sangat tak reti nak membela Nasip rakyat…
ard aku dah ckp dah. diorang mesti spin punya. kalau kes kematian arwah adib tu pun dia pusing sana sini ini kan kes macam ni. kalau mlibatkan orang2 politik sorry to say laa
Hazama Abdullah Berjuta org lahir tak cukup bulan.. tak de yg tetiba jadi macam irfan wafiy. Teruskan saman, please. Melampau sesangat! Tak de sekelumit rasa tanggungjawab. Hopeless dan memalukan!
Hasmah Muda Ini satu lagi penipuan sebagaimana yg dilakukan pada arwah Adib. Nak lepaskan diri dari tanggong jawab. Tolonglah bergabung dan ajar org2 ni biar ada akal sikit.
Abu Bakar Adham Sila hantar timbalan menteri dalam gua. Lebih baik diam dr keluar statement tak serupa bikin
Indah Zaiwa Humayra Ank aku pon x cukup bln..32 mggu..xde plak camtu..kau ni kalau brcakap..ikut sedap mulut je..bkn kna kt ank kau kan..melampau..
Abu Abdul Rahman Jahanam punya kerajaan! Dah jelas2 budak tu sihat saja sebelum kena serangan kimia merbahaya tu. Sempat lagi nak taichi.
-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: