May 17, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Rayuan ditolak, dari kerajaan BN ke PH, status Fahmi Reza masih kekal penjenayah.

PUTRAJAYA 6 Julai: Secara sinis, aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza berkata beliau kekal sebagai ‘penjenayah zaman rejim BN’ apabila mahkamah rayuan semalam menolak permohonan beliau untuk batalkan sabitan kesalahan beliau di bawah akta suruhanjaya komunikasi dan multimedia yang beliau sifatkan sebagai akta sakit hati.

“Selepas 3 tahun naik turun mahkamah sejak 2016, dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, hingga ke Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman, akhirnya hari ini kes badut dah sampai ke penghujung.

Keputusan: Hakim-hakim Mahkamah Rayuan tolak permohonan aku untuk batalkan sabitan kesalahan bawah #AktaSakitHati. Jadi status aku kekal sebagai penjenayah zaman rejim BN! 😄” – Fahmi Reza.

Keputusan menolak rayuan beliau sebulat suara dilakukan oleh panel 3 hakim yang dipengerusikan Kamardin Hashim dan 2 hakim lagi, Kamaludin Md Said dan Mohamad Zabidin Mohd Diah, lapor Free Malaysia Today.

Kamardin berkata, mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuan Fahmi, oleh itu sabitan terhadapnya dikekalkan dan disokong keterangan saksi pendakwaan sebelum ini.

“Sehubungan itu, rayuan ditolak dan sabitan serta hukuman oleh mahkamah rendah disah dan dikekalkan,”– Kamardin Hashim

Mengikut pertuduhan, Fahmi, 41, didakwa menggunakan Facebook “Fahmi Reza” di suatu pautan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu untuk menyakitkan hati orang lain pada 8 Februari 2016.

23658861_1514628418572587_5355239607646700436_n.jpg
“Lampiran kertas pertuduhan dengan screenshot notis parodi yang aku post dekat FB. Notis parodi ni masih online sampai sekarang.” – Fahmi Reza.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=957284987640269&set=a.100378253330951&type=3&theater

 

Pautan itu kemudian didakwa dibaca di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang, Ipoh, pada 2.40 petang tarikh sama (8 Februari 2016).

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan sebelum ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada 12 November 2018 yang mengetepikan hukuman penjara sebulan ke atas Fahmi dan mengurangkan denda daripada RM30,000 kepada RM10,000 selepas membenarkan rayuannya terhadap hukuman itu.

Fahmi turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengekalkan sabitannya atas tuduhan itu.

Pihak pendakwaan kemudian menarik balik rayuan supaya Fahmi dikenakan hukuman lebih berat, namun rayuan berhubung sabitan ke atasnya diteruskan.

Pada 20 Februari 2018, Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 ke atas Fahmi selepas mendapati beliau bersalah atas tuduhan itu.

Terdahulu, dalam hujahannya, peguam Syahredzan Johan yang mewakili Fahmi berkata, imej karikatur yang dimuat naik anak guamnya satu bentuk parodi (gurauan) bertujuan mengkritik pihak berkuasa ketika itu yang dikatakan menyekat kebebasan komunikasi di media sosial.

Beliau berkata, tiada bukti melalui keterangan saksi pendakwaan wujudnya niat untuk menyakitkan hati dan pertuduhan terhadap anak guamnya itu sendiri defektif kerana tidak dinyatakan secara khusus siapa individu atau pihak yang sakit hati dengan tindakan anak guamnya.

Timbalan pendakwa raya, Nurshafini Mustafha ketika menyentuh isu “menyakitkan hati” pula berhujah, keterangan yang ada jelas menunjukkan perayu mempunyai niat menyakitkan hati orang lain menerusi perbuatannya.

“Posting dibuat perayu (di Facebook) ditetapkan sebagai ‘public’, jadi sesiapa saja boleh lihat posting tersebut.

“Kalau perayu tidak berniat sakitkan hati orang lain, kenapa imej karikatur itu yang pada asalnya dimuat naik pada 31 Januari 2016, dimuat naik semula pada 8 Februari 2016 bersama notis peringatan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) yang palsu.” – Timbalan pendakwa raya, Nurshafini Mustafha

Seorang lagi timbalan pendakwa raya, Mohd Dusuki Mokhtar berkata siapa yang sakit hati bukan satu elemen dalam pertuduhan, tetapi yang penting ialah membuktikan niat perayu apabila melakukan kesalahan itu.

Manifesto PH pada pilihanraya yang lalu berjanji akan meminda seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia, tetapi setelah setahun lebih berkuasa, ia masih gagal dilaksanakan. – Buletin TTKM-

 

 

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: