Myokymia: Sg Kim Kim bukan punca? Ini jawapan bapa mangsa sangkal timb menteri kesihatan.

Pasir Gudang, 7 Julai : Idham Wazir, bapa kepada adik Irfan Wafiy yang menderita menghidap myokymia menyangkal kenyataan Dr Lee Boon Chye yang berkata tiada bukti yang menunjukkan insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim adalah penyebab kepada penyakit yang dihidapi oleh anaknya.

Ketika dihubungi Buletin TTKM, Idham turut menyatakan perasaan tersinggung beliau dengan kenyataan timbalan menteri tersebut.

“Saya sakit hati. Ini menyinggung perasaan. Apa yang beliau katakan itu seperti nak lari dari tanggungjawab” – Idham Wazir

Idham turut mempersoalkan kenyataan timbalan menteri kesihatan itu kerana menurutnya terdapat hampir enam ribu mangsa toksik Sungai Kim Kim tempohari dan anak beliau adalah salah seorang daripadanya.

Berikut kami siarkan maklum balas beliau menjawab kenyataan Dr Lee boon Chai.

Kenyataan Dr Lee Boon Chai : Pemeriksaan latar belakang kanak-kanak berusia 12 tahun itu menunjukkan beliau lahir tidak cukup bulan dan mempunyai sejarah kesihatan sejak berumur 4 tahun.

Jawapan Idham Wazir: Ya benar, Irfan Wazir dilahirkan ketika usia penghamilan 32 minggu, tetapi beliau sihat dan pandai otaknya. Beliau merupakan di antara pelajar yang pintar dan terbaik di sekolah. Selain merupakan seorang pengawas, beliau juga berada di kelas DLP.

Irfan tidak pernah menghidap penyakit sawan, tetapi beliau diberikan ubat sawan semenjak kes pencemaran toksik Sungai Kim Kim.

Mengenai dakwaan Irfan mempunyai sejarah kesihatan sejak berumur 4 tahun, perkara ini adalah salah. Dari mana dia dapat fakta itu?

Irfan cuma pernah menghidap penyakit denggi ketika berumur 8 tahun dan manakala pada disember 2018, ada dilakukan pembedahan untuk rawatan tonsil dan sinus.

Kesemua ini juga tiada kena mengena dengan penyakit sawan.

Kenyataan Dr Lee Boon Chai : Kami tahu myokymia adalah penyakit yang boleh disebabkan oleh kanser otak, jangkitan otak atau kecederaan.

Jawapan Idham Wazir: Kami sudah melakukan ENT, keputusannya normal. Kami juga telah menjalankan MRI untuk otak dan tulang belakang, keputusannya juga normal.

Untuk makluman, Irfan juga tidak pernah ke hospital kerajaan semenjak lahir, ini kerana majikan ada panel doktor swasta. Irfan cuma pertama kali masuk ke hospital kerajaan HSI pada 13 Mac rentetan tragedi pencemaran toksik sungai Kim Kim.

Semalam, kementerian kesihatan berkata tiada bukti yang menunjukkan insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Km pada bulan Mac lalu adalah penyebab kepada myokymia yang dihidapi oleh adik Irfan Wafiy.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dipetik oleh The Star sebagai berkata pemeriksaan latar belakang kanak-kanak berusia 12 tahun itu menunjukkan beliau lahir tidak cukup bulan dan mempunyai sejarah kesihatan sejak berumur 4 tahun.

“Beliau diperiksa oleh pakar kaji saraf paediatrik. Tiada bukti setakat ini yang menunjukkan ia dikaitkan dengan insiden (pencemaran sungai Kim Kim)” – Dr Lee Boon Chye

Tambah beliau lagi, ada beberapa penyebab lain yang membawa kepada penyakit tersebut.

“Kami tahu myokymia adalah penyakit yang boleh disebabkan oleh kanser otak, jangkitan otak atau kecederaan” – Dr Lee Boon Chye

Untuk rekod, Irfan Wafiy,12 yang juga anak keempat daripada lima beradik, telah disahkan menghidap Myokymia, iaitu penyakit seakan-akan Parkinson.

Ayahnya, Idham Wazir berkata penyakit yang menimpa Irfan bermula sejak dia dimasukkan ke dalam wad di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu selama 10 hari selepas mengalami kesukaran bernafas dipercayai terhidu gas toksik dari pencemaran Sungai Kim Kim.

Beberapa hari lalu, Idham menerjah sesi town hall yang dihadiri menteri Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dan meluahkan rasa marah beliau di atas kejadian yang menimpa anaknya kerana tiada pembelaaan dari pihak berwajib.

Beliau berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang bertanggung jawab menyebabkan penyakit tersebut dihidapi oleh anaknya– Buletin TTKM-


Sokong portal Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”  dengan membuat sumbangan ke akaun:

No akaun: 8603355994

Bank : CIMB Bank

Nama Syarikat / TTKM ENTERPRISE



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version