June 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Chef Wan padam perkataan “beranak anak macam kucing” di IG setelah dikecam.

Instagram 9 Julai: Ikon Felda yang baru dinobatkan, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menyunting hantaran di akaun instagram beliau dengan memadamkan perkataan ” beranak anak macam kucing” yang ditujukan kepada orang Felda setelah mendapat kecaman hebat netizen.

Hantaran asal:

1
Status IG Chef Wan sebelum disunting

Hasil pemerhatian Buletin TTKM sebentar tadi, perkataan ” beranak anak macam kucing” itu didapati telah dipadamkan dan digantikan dengan ikon smiley.

2.JPG

 

Terdahulu beliau menaikkan tiga siri hantaran mengenai Felda di akaun instagram beliau di mana chef selebriti itu mengkritik  sikap orang Felda yang menurutnya “sibuk di kedai kopi menyalahkan kerajaan menunggu bantuan.” 

“Di sini orang2 Felda kita although tak semua sibuk di kedai kopi menyalah kan kerajaan menunggu bantuan. Esok dapat bantuan lain pulak ceritanya.
Ada subsidi baja pun di jual..Dapat duit lebih gatal boleh kawin 2 tiga bini lagi dan beranak anak macam kucing. 
This is a true story as it happened in so many Felda pun when i was growing up.
Sikap buruk mereka hari ini ada sampai turun pulak kepada anak dan cucu2 mereka pun.
They might not like what i say but that the honest truth.” – Chef Wan

Kelmarin, perdana menteri menamakan chef selebriti tersebut sebagai ikon Felda  sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2019 di FELDA Selancar 3 di Rompin.

Sambutan tersebut dicemari insiden memalukan apabila terdapat ramai peneroka Felda meninggalkan acara ketika Tun Dr Mahathir berucap sementara anak angkat beliau, Azmin Ali merangkap menteri ekonomi pula diboo  peneroka. – Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: