“Lambaklah duit satu lori kelapa sawit, mereka akan joli sekelip mata!” – Chef Wan

Instagram 9 Julai : Selepas berkata orang Felda beranak seperti kucing, ikon Felda yang baru dinobatkan, Datuk Redzuawan Ismail  atau lebih dikenali sebagai Chef Wan meneruskan kritikan terhadap orang Felda dengan berkata mereka akan joli sekelip mata walaupun diberikan duit memenuhi sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut kelapa sawit.

Beliau berkata demikian di akaun instagramnya semalam.

“Lambak lah duit satu Lori kelapa sawit tu pun mereka akan joli sekelip mata!
Tak payah la nak menunjung jari balik kepada saya konon menyatakan perkara yang benar.Before we can make changes to improve our life we must first accept and address our weakness!” – Chef Wan

Selain itu, beliau juga berkata apa yang dikatakannya tentang beranak macam kucing itu disalah tafsirkan media.

“Lain yang di cakap lain pula yg di salah tafsir kan. Mustahil semua orang Felda pemalas! Bila saya berkata cerita yg benar ini ada pada segelintir Manusia jenis pemalas ini di dalam Felda memang ujud pun! – Chef Wan

Beliau turut berkata ketika zaman beliau muda, ada juga orang Felda yang mencuri baja kemudian menjualnya , selain mahu beristeri lebih dari kemampuan.

“Bab dapat rezeki lebih bantuan kerajaan ini zaman saya muda di Felda lagi ada yg curi jual baja mau pun kawin isteri lebih dari kemampuan masing2 dan beranak banyak mcm kucing dan menyusahkan keluarga sendiri yg tak di urus dgn baik!
Tak kan terang mau di suluh lagi?
Cerita ini memang benar banyak berlaku pun!
Macam mana kerajaan boleh membantu orang2 jenis begini pun jika sikap masing2 tak boleh di ubah?” – Chef Wan

 

Kelmarin, perdana menteri, Tun Dr Mahathir menamakan chef selebriti tersebut sebagai ikon Felda  sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2019 di FELDA Selancar 3 di Rompin.

Sambutan tersebut dicemari insiden memalukan apabila terdapat ramai peneroka Felda meninggalkan acara ketika Tun Dr Mahathir berucap sementara anak angkat beliau, Azmin Ali merangkap menteri ekonomi pula diboo  peneroka. – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version