Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Tarik balik Ikon Felda Chef Wan! Buat permohonan maaf terbuka!”- Majlis Belia Felda.

2 min read

KOTA TINGGI – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menggesa Anugerah Ikon Felda 2019 yang diberikan kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada sambutan Hari Peneroka, 7 Julai lalu ditarik balik.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hasan berkata dalam satu kenyataan, MBFM kesal dengan tindakan biadab Chef Wan mengkritik warga Felda dan tindakan itu tidak dapat dimaafkan kerana ia melibatkan maruah peneroka Felda.

Menurutnya, permohonan maaf secara terbuka juga harus dibuat chef selebriti itu kepada seluruh peneroka Felda serta generasi baharu Felda di atas penghinaan yang dilakukan.

“Banyak lagi perkara baik tentang Felda boleh diperkatakan seperti Felda menjadi contoh kepada komuniti luar bandar, kejayaan anak Felda dalam pelbagai bidang dan sebagainya.

“Seharusnya Chef Wan perlu lebih peka untuk menjaga sensitiviti 112,635 peneroka seluruh negara kerana mereka banyak menyumbang kepada kejayaan Felda yang kini telah berusia 63 tahun,” – Muhammad Fadzli

Beliau berkata demikian  dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini.

Chef Wan yang baru dinobatkan sebagai Tokoh Ikon Felda 2019 menimbulkan polemik panas apabila beliau menyifatkan golongan peneroka Felda malas bekerja untuk memajukan tanah Felda, sebaliknya hanya berharap sepenuhnya kepada bantuan yang diberikan kerajaan.

Dalam pada itu, Muhammad Fadzli berkata, MBFM turut mempertikai pemilihan Chef Wan menerima anugerah berkenaan.

“Kita turut mempersoalkan bagaimana tatacara pemilihan dan atas kapasiti apa Chef Wan diangkat sebagai ikon Felda?

“Pemilihan ini dianggap tidak menyebelahi warga Felda khususnya Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang terdiri daripada ketua-ketua peneroka, Pengerusi GPW, MBFM dan Kami Anak Felda (KAF) apabila perbincangan ini tidak diadakan secara bersama untuk menentukan siapa yang lebih layak untuk menerima anugerah tersebut.

“Adakah Felda membangun dengan idea sentuhan Chef Wan? Sedangkan ramai lagi generasi Felda yang jauh lebih hebat dari beliau dan turut terlibat secara langsung dalam pembangunan komuniti Felda selama ini,” – Muhammad Fadzli

 

mbf.jpg

Semalam, selepas menerima anugerah ikon Felda, Chef Wan mengkritik peneroka felda dalam beberapa siri hantaran di akaun instagramnya. Antaranya beliau berkata orang felda beranak anak seperti kucing, ulat sampah, dan akan  joli sekelip mata walaupun diberikan duit satu lori kelapa sawit РBuletin TTKM- .

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: