EXCO Perak (adun DAP) ditahan polis.

Gambar Hiasan.

Ipoh, 10 Julai: Polis telah menahan seorang anggota exco Perak yang disyaki merogol  pembantu rumahnya.

Beliau yang juga ADUN dari parti DAP itu ditahan semalam untuk membantu siasatan lanjut.

Penahanan beliau disahkan Ketua Polis Perak Razarudin Husain @ Abd Rasid, menurut laporan Bernama.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita,”  – Ketua Polis Perak Razarudin Husain

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan penangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Semalam, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, membuat laporan polis di Balai Jelapang di sini Isnin lepas, mendakwa dirogol anggota exco berkenaan di rumahnya, dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, lima daripada 10 anggota exco di Perak adalah terdiri daripada Adun DAP iaiatu Wong Mei Ing, A Sivanesan, Paul Yong, Howard Lee dan Abdul Aziz Bari.

Pada perkembangan yang sama. pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dalam satu kenyataan  berkata parti akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

“Ini adalah tuduhan serius . DAP memandang berat dengan tuduhan itu.

“Oleh kerana laporan polis telah dibuat dan parti berpendirian bahawa tiada sesiapapun yang berada di atas undang-undang, jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan penuh.

“Tindakan sewajarnya akan diambil bergantung kepada keputusan siasatan oleh pihak berkuasa,”  – Nga Kor Ming.

Kenyataan Nga Kor Ming.

Sementara itu, The Star melaporkan upacara angkat sumpah ahli majlis eksekutif yang dijadualkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok Khamis (11 Julai) telah dibatalkan.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan notis pendek berkenaan perkara tersebut melalui Jabatan Penerangan negeri di sini semalam.

Walau bagaimanapun, notis tersebut tidak menyatakan sebab penangguhan upacara itu, cuma tarikh baharu akan ditentukan kemudian.  – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version