Hotel Jamal dilelong : ” Selepas BN Jatuh, ekonomi teruk, bisnes saya jatuh” – Jamal.

Sekinchan, 10 Julai : Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Mohd Yunos  berkata hartanah beliau, Sekin Hotel & Resort, terpaksa dilepaskan kerana perniagaannya merosot selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional.

Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata kerajaan PH pula menghalang agensi-agensi kerajaan dari menggunakan hotel beliau.

“Selepas BN jatuh, ekonomi semakin teruk dan bisnes saya jatuh. Kerajaan PH telah menghalang agensi-agensi kerajaan dari menggunakan hotel saya,”  – Jamal Yunos.

“Walau bagaimanapun, hotel ini masih beroperasi seperti biasa dan tiada pekerja-pekerja terkesan. Saya berharap akan ada pembeli baru. Ramai yang telefon saya hari ini sebab mereka ingat saya bankrap dan sebagainya. Saya ok saja. Penjualan itu memang biasalah dalam bisnes,” – Jamal Yunos.

Terdahulu, Buletin TTKM melaporkan Hartanah Sekin Hotel & Resort milik Jamal Yunos itu dilelong di laman facebook KL & Selangor Best Buy Auction Properties.

Menurut hantaran di laman tersebut,  hartanah tersebut yang beralamat di No. 358, Resort dan Restoran, Jln Pantai Redang, Kg Baru Sg Labu, Sekinchan, Sel dilelong pada harga permulaan RM 4.5 mil pada 15 Julai ini. Ia berkeluasan 13,509  meter persegi di tanah rizab Melayu.

4 keping gambar hartanah tersebut turut dikepilkan.

Jamal Yunos sebelum ini popular dengan pelbagai demo menentang kerajaan negeri Selangor antaranya hadir protes dengan memakai tuala di hadapan bangunan SUK Selangor.

Ketika himpunan Bersih 5, Jamal bersama kumpulannya “Baju Merah” turut membuat ‘counter demo’ dan mendakwa perhimpunan tersebut gagal mencapai sasaran dengan menyanyikan lagu “Bersih 5 Gagal”- Buletin TTKM-

Lagu Bersih 5 gagal oleh Jamal Yunos: https://www.youtube.com/watch?v=ko22cn60_Ks

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version