Ini 6 hantaran Wanji di facebook yang menyebabkan beliau dipenjara 1 tahun bawah akta hasutan.

Oleh : Editorial TTKM

Semalam MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, menolak rayuan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, 37, terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Berikutan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman talah meminda hukuman berkenaan dan menambah hukuman  kepada setahun penjara terhadap Wan Ji berkuat kuasa hari ini selepas mempertimbangkan rayuan silang pihak pendakwaan.

Apakah yang hantaran  Wan Ji di facebooknya sehingga menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman satu tahun penjara bawah akta hasutan itu?

Buletin TTKM meneliti penggulungan penghakiman kes tersebut dan mendapati pesalah telah membuat 6 hantaran di facebooknya pada 5 November 2012 menurut pertuduhan.

Berikut merupakan 6 hantaran yang dilakukan beliau itu:

1) Jenis syai*** tak baca hadis nabi kata ‘sesungguhnya org yg ada hak, kena bg ruang bersuara’. Bahana bod** agama tp nak jadi ketua agama.. Sultan Selangor Sultan Shrafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.

 
2) Sultan sel tu tak payah nak ingatkan student UPM..Dia sendiri tu kena pg ngaji agama lagi…Kena ajar sultan sel, arak tu haram. Ketua agama tak layak ada hard rock café…Perasan bagus, tp bod**agama..

 
3) Buang je sultan2 ni…Perabis duit rakyat…

 
4) Sultan sel mengadakan kempen projek pembodohan di Universiti…Masuk Universiti untuk jadi bijak, si syai*** ni buat projek pembodohan.. Bila org bod**, dia akan berkuasa…Firaun moden.

 
5) Nak kaya dlm keadaaan bod** adalah jadi sultan.

 

6) Quran kata, ‘(firaun) merendah-rendahkan (akal) mereka (rakyat mesir), lalu mereka taat kepadanya’ itu di mesir. Kalau di malaysia, yg buat kerja ni adalah UMNO dan Sultan..”

 

(-Kesemua 6 posting Wan Ji di facebooknya ini adalah pada 5 November 2012. Posting-posting ini walaubagaimanapun telah dipadamkan dari facebooknya. – Editor-)

Untuk rekod, Pakatan Harapan dalam manifesto PRU 14 berjanji akan memansuhkan akta hasutan yang digubal pada tahun 1948 itu.  Setelah setahun lebih PH membentuk kerajaan, akta tersebut masih berkuatkuasa dan belum dimansuhkan. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.