
SEREMBAN: Seorang lelaki menyerahkan diri kepada pihak polis setelah klip video memaparkan beliau melakukan aksi seksual dengan seorangĀ kanak-kanak perempuan yang kelihatan seperti bawah umur menjadi tular.
Lelaki botak, yang dipercayai dalam umur 60an merakamkan aksi berdurasi 3 min 10 saat di tempat duduk belakang kereta.
Kereta lelaki tersebut juga dilaporkan dibakar oleh mereka yang berang dengan tindakan jenayah itu, lapor The Star.
Dalam video tular itu, lelaki botak itu berulang kali kelihatan memujuk kanak-kanak perempuan yang dilihat seperti bawah umur yang tidak berpakaian di atas paras dada, untuk melakukan onani pada alat kemaluannya.
Lelaki tersebut juga kedengaran berjanji akan membelikan kanak-kanak perempuan itu barangan.
Kanak-kanak perempuan itu juga kelihatan seperti resah seolah-olah tidak merelakan perkara tersebut berlaku.
Beberapa individu telah membuat laporan polis berhubung kes ini.
Ketua polis negeri, ACP Wan Rukman Wan Hassan dijadualkan akan melakukan sidang akhbar pada petang ini jam 2pm. – Buletin TTKM-
Leave a Reply