Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

MB Selangor nafi dakwaan hubungan dengan Adun wanita PKR.

2 min read

KUALA SELANGOR 10 Julai: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan seorang Adun wanita PKR dari Selangor.

Amirudin berkata beliau sudah berbincang dengan peguamnya dan akan mengambil tindakan sekiranya perlu, lapor FMT.

Dakwaan itu dilaporkan timbul berdasarkan satu hantaran yang tular di facebook yang mendakwa rakaman kamera litar tertutup di sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu menunjukkan adun wanita tersebut memasuki bilik menteri besar Selangor tersebut.

Amiruddin sebaliknya berkata beliau tiada di lokasi dan ketika itu berada di Kuala Lumpur.

“Saya yakin saya tiada di lokasi yang dikaitkan dalam tuduhan itu, malah pada waktu itu saya berada di Kuala Lumpur,” – Amiruddin

Tuduhan itu, katanya, tidak memberi kesan kepadanya secara individu tetapi apa yang dirisaukan ialah ia seolah-olah sudah menjadi budaya untuk “membunuh” seseorang melalui jalan fitnah

Ditanya sama ada tuduhan itu dibuat ahli parti sendiri, Amirudin tidak pasti mengenai perkara itu.

Buletin TTKM mendapati dakwaan tersebut pertama kali dilakukan oleh laman facebook  Aku Darah Anak Malaysia – ADAM yang mempunyai 8k likers.  

Laman tersebut menaikkan hantaran berikut dengan menyertakan gambar MB Selangor dan adun wanita PKR terbabit :

“Katanya… 11 Mei Di Four Points Sandakan mereka godak video Haziq, Azmin dan Hilman. Tetapi tertangkap CCTV dua YB ini. YB yang dulu bising kerana GST ni masuk bilik MB Selangor. Betul kah? Nampaknya geng kartel ni sekali pukul 7 mati !!!!” – Laman FB Aku Darah Anak Malaysia.

ceh

 

– Buletin TTKM.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: