Resort Sekin milik Jamal Yunos kena lelong.

Sekinchan 10 Julai : Hartanah Sekin Hotel & Resort milik Jamal Yunos dilelong di laman facebook KL & Selangor Best Buy Auction Properties.

Menurut hantaran di laman tersebut,  hartanah tersebut yang beralamat di No. 358, Resort dan Restoran, Jln Pantai Redang, Kg Baru Sg Labu, Sekinchan, Sel dilelong pada harga permulaan RM 4.5 mil pada 15 Julai ini.

4 keping gambar hartanah tersebut turut dikepilkan.

Jamal Yunos merupakan ketua UMNO bahagian Sungai Besar dan sebelum ini popular dengan pelbagai demo menentang kerajaan negeri Selangor antaranya hadir protes dengan memakai tuala di hadapan bangunan SUK Selangor.

Ketika himpunan Bersih 5, Jamal bersama kumpulannya “Baju Merah” turut membuat ‘counter demo’ dan mendakwa perhimpunan tersebut gagal mencapai sasaran dengan menyanyikan lagu “Bersih 5 Gagal”- Buletin TTKM-

Lagu Bersih 5 gagal oleh Jamal Yunos: https://www.youtube.com/watch?v=ko22cn60_Ks

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.