Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Tuduhan rogol pembantu rumah: “Saya terkejut dan bingung!” – Paul Yong Choo Kiong, adun DAP Tronoh.

2 min read

YB Paul Yong Choo Kiong, gambar dari FB beliau.

IPOH: Ahli EXCO negeri Perak yang disyaki dalam satu kes rogol berkata beliau terkejut dan bingung dengan tuduhan yang dilakukan oleh bekas pembantu rumahnya.

YB Paul Yong Choo Kiong yang juga merupakan adun Tronoh DAP itu dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menafikan beliau pernah merogol atau menyerang pembantu rumah itu secara seksual.

“Saya keseluruhannya terkejut dan bingung dengan dakwaan tidak berasas ini. Saya menafikan dengan tegas tuduhan ini. Saya mengulangi saya tidak pernah merogol atau menyerangnya secara seksual. 

..Saya telah memberikan kerjasama penuh dengan polis dan membawa saksi-saksi untuk membantu polis dalam siasatan untuk menunjukkan bahawa pertuduhan itu adalah palsu.”  – YB Paul Yong Choo Kiong

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau dalam BI:

Media Statement

I refer to the recent allegation by my former Indonesia maid in a police report that I have raped her.

I am totally shocked and baffled by the unfounded allegation. I hereby unequivocally and categorically deny the allegation. I reiterate that I have never raped or sexually assaulted her.

While maintaining my total innocence, I have given my full cooperation to the police and brought witnesses to assist police in the their investigation to show that the allegation is false.

Meanwhile, I respect the due process of the law.
I will allow the police to carry out their professional and independent investigation and I believe that truth will prevail.

YB Paul Yong Choo Kiong
10/7/19

Sementara itu, pihak polis telah membebaskan adun DAP itu di bawah jaminan sementara sehingga siasatan dilengakapkan kata Ketua Polis Perak, Datuk Razaruddin Husain dalam satu kenyataan.

Kes ini menurut Razaruddin disiasat di bawah Penal Kod Seksyen 376. (Hukuman merogol, dan sekiranya bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan-editor)

Tambah beliau lagi, pemeriksaan forensik turut dilakukan di tempat dimana kejadian itu didakwa berlaku, menyebabkan beberapa bukti  dikumpulkan untuk dihantar analisis lanjut. 

Katanya lagi, exco tersebut ditahan semalam supaya pemeriksaan perubatan boleh dijalankan terhadapnya.

Mengenai pembantu rumah itu, Razarudin berkata wanita itu kini berada di lokasi selamat sehinggalah kertas siasatan dirujuk kepada ibu pejabat Bukit Aman dan Dewan Peguam Negara.

66449829_2303895852998567_6634121169618337792_n.jpg
Kredir Polis Perak FB. 

– Buletin TTKM-

.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: