SIDANG MEDIA KES VIDEO TULAR DI MEDIA SOSIAL : KES AMANG SEKSUAL FIZIKAL TERHADAP KANAK-KANAK PEREMPUAN INDIA BERUMUR 12 TAHUN
SEREMBAN, 10 JULAI 2019 – Sidang media telah diadakan oleh YDH ACP Wan Rukman Bin Wan Hassan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Negeri Sembilan berkenaan dengan kes video tular berkaitan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan India berumur 12 tahun.
Dalam siasatan tersebut didapati, suspek telah mengambil kesempatan dengan memperdaya mangsa dan mengajak mangsa keluar untuk membeli barang kegemaran mangsa (seperti alat tulis dan makanan) semasa ketiadaan ahli keluarga mangsa di rumah. Hal ini telah berlaku sebanyak tiga kali tanpa pengetahuan keluarga mangsa pada sekitar bulan Jun 2019.
Tindakan segera mengesan suspek telah dijalankan oleh pihak JSJ IPKNS dan telah berjaya menahan serta menangkap suspek. Rampasan telah dibuat sebuah motorkar jenis Proton Waja dan (2) buah telefon bimbit milik suspek dipercayai mengandungi video berhubung perbuatan kelucahan melampau ke atas mangsa.
Oleh itu adalah dinasihatkan kepada orang awam agar tidak menggangu sama ada keluarga mangsa atau suspek sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: https://www.facebook.com/PolisNegeriSembilan/posts/2333107620117194
Baca berita sebelum ini :
Lelaki serah diri selepas video cabul kanak-kanak perempuan bawah umur tular.
-Buletin TTKM-