“Tindakan undang-undang terhadap laman FB siar fitnah” – YB Juwairiya

Bukit Melawati 11 Julai : Adun PKR Bukit Melawati, YB Juwairiya berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman Facebook “Aku Darah Anak Malaysia – Adam” yang menaikkan hantaran mengaitkan beliau dengan Menteri Besar Selangor, Dato Amirudin.

Beliau turut membuat laporan polis dan laporan kepada SKMM berhubung hantaran tersebut yang menurutnya adalah fitnah yang boleh mencemarkan imej dan kredibiliti beliau sebagai Adun serta pentadbiran Negeri Selangor.

Apa yang pasti adalah ianya fitnah dan saya menegaskan bahawa saya tidak berada di lokasi itu pada tarikh yang didakwa itu” – YB Juwairiya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya sebentar tadi.

Sementara itu, MB Selangor turut menafikan tuduhan oleh laman Facebook tersebut.

Semalam Buletin TTKM melaporkan, dakwaan tersebut pertama kali dilakukan oleh laman facebook Aku Darah Anak Malaysia – ADAM yang mempunyai 8k likers.

Laman tersebut menaikkan hantaran berikut dengan menyertakan gambar MB Selangor dan adun wanita PKR terbabit :

“Katanya… 11 Mei Di Four Points Sandakan mereka godak video Haziq, Azmin dan Hilman. Tetapi tertangkap CCTV dua YB ini. YB yang dulu bising kerana GST ni masuk bilik MB Selangor. Betul kah? Nampaknya geng kartel ni sekali pukul 7 mati !!!!” – Laman FB Aku Darah Anak Malaysia.

ceh

– Buletin TTKM. –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.