‘Azmin love Haziq, Hilman kecewa’ muncul di Putrajaya
Putrajaya, 12 Julai: Beberapa kain rentang berkenaan dakwaan kisah ‘cinta segitiga’ antara Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, Bekas Ketua AMK Santubong Haziq Aziz dan ADUN Hilman Idham didapati tergantung di beberapa tempat di sekitar Presint 14, Putrajaya hari ini.
Kain rentang tersebut tertera tulisan ‘Azmin Ali ❤❤ Haziq Aziz, Hilman frust’ dipercayai merujuk kepada penularan video seks sejenis yang didakwa melibatkan bekas menteri besar Selangor itu dengan bekas ketua AMK Santubong, Haziq Aziz.
Susulan penularan video tersebut,Haziq Abdul Aziz tampil membuat pengakuan sumpah secara terbuka mengakui beliau merupakan pelaku dalam video seks songsang tersebut dan mendakwa lelaki seorang lagi adalah Azmin Ali.
Walau bagaimanapun, Azmin Ali menafikan dakwaan Haziq dan berkata ianya adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.
Berikutan dari pengakuan itu, Haziq bagaimanapun dipecat dari PKR serta merta.
Terbaharu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang juga dikaitkan dengan kem Mohamed Azmin turut terpalit dengan dakwaan skandal bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli. Dakwaan tersebut yang dilakukan oleh laman facebook bernama “Aku Darah Anak Malaysia-ADAM”, mempersoalkan keduanya berada di satu hotel di Sandakan ketika pilihanraya kecil Sandakan baru-baru ini.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak tampil membuat penafian.
Manakala Juwairiya semalam berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman facebook tersebut yang menurutnya menaikkan hantaran fitnah, manakala untuk kes Haziq, Azmin Ali pula enggan mengambil tindakan yang sama.
– Buletin TTKM-