Menguap lama tak tutup mulut, Mujahid ditroll netizen.

Media Sosial 12 Jun : Menteri agama, Dato Mujahid Rawa ditroll netizen di media sosial gara-gara menguap lama sewaktu sidang parlimen, tanpa menutupkan mulutnya ketika pembacaan  Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Pindaan 2019 oleh menteri belia, Syed Saddiq.

Video Mujahid menguap lebih kurang 8 saat itu disedari netizen pada siaran Buletin Utama TV3 malam semalam. ( perhatikan minit 1:00 – 1:08)

Berikutan itu, beberapa troll telah dinaikkan di media sosial menyindir menteri agama tersebut.

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 5 people, people smiling, text

Manakala laman facebook TTKM pula telah menyunting intro video Metro Goldynn Mayer dengan menukarkan singa dengan  video Mujahid menguap, tetapi bunyi latarnya adalah singa mengaum.  Video 6 saat  itu tular di media sosial dengan perkongsian sebanyak 500 kali dan lebih 3000 tanda suka.

Tidak cukup dengan itu, versi ‘loop’ sehingga 10 minit durasi turut dinaikkan oleh laman troll politik no  1 negara itu.

Manakala format GIF turut dinaikkan di laman giphys.com dengan tajuk “menteri aum”.

boleh muat turut di sini :

Mengikut ajaran Islam, adab ketika menguap adalah menutup mulut, kerana nabi Muhammad dilaporkan berkata dalam satu hadis bahawa syaitan akan masuk ke dalam mulut sekiranya tidak ditutup ketika menguap.

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak di tutup ketika menguap.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Sementara itu, di facebook, netizen berteka-teki tentang berapa ekor syaitankah yang telah masuk ke mulut menteri tersebut apabila beliau menguap selama 8 saat tanpa menutup mulut.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.