(video) Wan Ji dibenar tangguh hukuman penjara.

SHAH ALAM 12 Julai – Setelah dua hari menjalani hukuman penjara, penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin dibenar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menangguhkan hukuman penjara setahun kerana membuat hantaran menghasut terhadap Sultan Selangor.

Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Abdul Halim Aman selepas mendengar permohonan penangguhan hukuman itu hari ini. lapor Sinar Harian.

Wan Ji kelihatan tenang dengan kepalanya botak, berpakaian ungu berjalan sambil memegang senaskah al-Quran diiringi pegawai polis.

Selasa lalu, Wan Ji dihantar ke Penjara Kajang selepas mahkamah sama menolak permohonan sabitan dan hukuman sembilan bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.

Buletin TTKM meneliti penggulungan penghakiman kes tersebut dan mendapati pesalah telah membuat 6 hantaran di facebooknya pada 5 November 2012 menurut pertuduhan.

Berikut merupakan 6 hantaran yang dilakukan beliau itu:

1) Jenis syai*** tak baca hadis nabi kata ‘sesungguhnya org yg ada hak, kena bg ruang bersuara’. Bahana bod** agama tp nak jadi ketua agama.. Sultan Selangor Sultan Shrafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.
2) Sultan sel tu tak payah nak ingatkan student UPM..Dia sendiri tu kena pg ngaji agama lagi…Kena ajar sultan sel, arak tu haram. Ketua agama tak layak ada hard rock café…Perasan bagus, tp bod**agama..
3) Buang je sultan2 ni…Perabis duit rakyat…
4) Sultan sel mengadakan kempen projek pembodohan di Universiti…Masuk Universiti untuk jadi bijak, si syai*** ni buat projek pembodohan.. Bila org bod**, dia akan berkuasa…Firaun moden.
5) Nak kaya dlm keadaaan bod** adalah jadi sultan.

 

6) Quran kata, ‘(firaun) merendah-rendahkan (akal) mereka (rakyat mesir), lalu mereka taat kepadanya’ itu di mesir. Kalau di malaysia, yg buat kerja ni adalah UMNO dan Sultan..”

 

(-Kesemua 6 posting Wan Ji di facebooknya ini adalah pada 5 November 2012. Posting-posting ini walaubagaimanapun telah dipadamkan dari facebooknya. – Editor-)

Semalam, perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata kerajaan akan memperkenalkan undang-undang baharu menggantikan akta hasutan dalam masa terdekat.

“Kita menarik balik undang-undang dulu (Akta Hasutan) dan untuk undang-undang baharu kita sudah ada dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang.(Dijangka selesai) secepat mungkin,” – Tun Dr Mahathir.

Untuk rekod, Pakatan Harapan dalam manifesto PRU 14 berjanji akan memansuhkan akta hasutan yang digubal pada tahun 1948 itu.  Setelah setahun lebih PH membentuk kerajaan, akta tersebut masih berkuatkuasa dan belum dimansuhkan.

Wan Ji, selain penceramah bebas juga merupakan ahli parti keadilan rakyat, PKR – Buletin TTKM-

Video ehsan Sinar Harian : https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/917607395260969/

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.