Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Tangguh hukuman ke atas Wan Ji keputusan tepat – peguam.

2 min read

Oleh : Syahredzan Johan

Penangguhan perlaksanaan hukuman Wan Ji Wan Hussin bertepatan dengan prinsip undang-undang

1. Saya menyambut baik berita bahawa pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin telah dibebaskan apabila Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Yang Arif Datuk Abdul Halim Aman membenarkan permohonan perlaksanaan hukuman penjaranya ditangguhkan sementara rayuannya didengar dan dilupuskan oleh Mahkamah Rayuan.

2. Permohonan penangguhan hukuman apabila terdapatnya rayuan ke Mahkamah yanglebih tinggi adalah sesuatu biasa dalam kes-kes jenayah. Pada kebiasaan, asas permohonan yang dibuat adalah bahawa sekiranya tertuduh mula menjalani hukuman, maka rayuannya akan menjadi sia-sia.

3. Dalam kes Wan Ji, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman 1 tahun penjara. Sekiranya hukuman ini tidak ditangguhkan, Wan Ji akan dipenjarakan dan kemungkinan besar menjalani keseluruhan atau sebahagian besar hukumannya sebelum rayuan di dengar di Mahkamah Rayuan. Maka wujudnya keadaan istimewa yang sesuai untuk membenarkan permohonan.

4. Bezakan situasi ini dengan seseorang yang dikenakan hukuman penjara 10 tahun contohnya. Walaupun rayuan mungkin mengambil masa lebih dari setahun untuk dilapuskan, sekiranya rayuan berjaya orang tersebut tidak perlu menjalani baki hukumannya. Dalam situasi ini rayuan tidak boleh dikatakan sebagai sia-sia.

5. Prinsip undang-undang yang sama digunapakai dalam kes Wan Ji di Mahkamah Sesyen. Pada bukan April 2019, selepas mengenakan hukuman 9 bulan penjara, Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Sabri Ismail telah membenarkan permohonan penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Jika Wan Ji dipenjarakan terus, beliau akan selesai menjalani hukuman sebelum rayuan di Mahkamah Tinggi diputuskan.

6. Oleh yang demikian, keputusan Yang Arif Datuk Abdul Halim Aman pada 12 Julai 2019 adalah suatu keputusan yang tepat dan seleras dengan prinsip undang-undang.

Syahredzan Johan
13 Julai 2019


Syahredzan johan merupakan seorang peguam dan juga setiausaha politik Lim Kit Siang. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM.  Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: