Facebook, 14 Julai: Berang dengan kritikan Chef Wan terhadap orang Felda, netizen telah menyerang laman facebook “De.Wan 1958 by Chef Wan” , restoran milik chef selebriti itu.
Netizen memberikan rating 1 bintang dan memberikan review bertubi-tubi kepada laman tersebut sehinggakan facebook terpaksa menutup ruangan ‘review’nya.
Hasil pemerhatian Buletin TTKM di ruangan review tersebut, sejak 24 jam yang lepas, hampir kesemuanya melepaskan rasa tidak puas hati terhadap Chef Wan dengan memberikan kritikan yang pedas dan lucu.
Berikut merupakan beberapa komen terpilih:
Sebelum ini, selepas menerima anugerah ikon Felda, Chef Wan mengkritik peneroka felda dalam beberapa siri hantaran di akaun instagramnya. Antaranya beliau berkata orang felda beranak seperti kucing, ulat sampah, dan akan joli sekelip mata walaupun diberikan duit satu lori kelapa sawit.
Majlis Belia Felda kemudian tampil mendesak Chef tersebut supaya membuat permohonan maaf secara terbuka.
Walaubagaimanapun, Chef Wan berkata beliau lebih rela memulangkan anugerah terbabit daripada memohon maaf. – Buletin TTKM-