FB page Mujahid dispam komen animasi GIF MGM lelaki bersongkok menguap.

Facebook 14 Julai : Laman facebook menteri agama, Dr Mujahid Yusof Rawa dispam netizen dengan animasi GIF intro Metro Goldwyn Myer yang ditukarkan kepala singa kepada kepala seorang lelaki bersongkok menguap.

Penelitian lanjut pada animasi GIF itu menunjukkan lelaki tersebut  tidak lain tidak bukan adalah menteri agama itu sendiri, yang menguap selama lebih kurang 8 saat tanpa menutup mulut ketika sidang dewan rakyat baru-baru ini.

tenor

Animasi GIF itu sebelum ini tular di media sosial setelah dinaikkan oleh laman facebook troll no 1 negara, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.

Hasil pemerhatian Buletin TTKM di laman facebook menteri agama itu sebentar tadi, menunjukkan hampir semua hantaran  Mujahid dispam dengan beratus-ratus komen animasi GIF kepala beliau menguap itu.

mgm.JPG

 

Sementara itu, laman facebook Ustaz Azhar Idrus turut menaikkan hantaran mengenai  menguap yang mengesahkan syaitan suka masuk ke mulut orang menguap.

Berkenaan dengan menguap dan syaitan suka kepada menguap dan syaitan masuk ke dalam mulut orang yang menguap memang terdapat banyak hadith sahih yang diriwayatkan olih para ulamak. Berikut disertakan hadith-hadithnya :

SYAITAN MASUK DALAM MULUT KETIKA MENGUAP

Hadith yang diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. katanya Rasulullah saw telah bersabda :

إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ

Artinya : “Apabila seseorang daripada kamu menguap maka hendaklah ia tutup akan mulutnya dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan akan masuk (ke dalam mulut orang yang menguap itu).”

  • Ustaz Azhar Idrus.

Sementara itu, video mentrol menteri terbabit yang dinaikkan oleh laman FB Mia Jalipah turut tular di media sosial.

Video terbabit setakat ini mendapat lebih 5300 perkongsian, 377k paparan dan hampir sejuta capaian.

WhatsApp Image 2019-07-14 at 9.35.19 PM.jpeg

-Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.