Kerana janggut dicukur di penjara: “Buang janggut hukumnya haram”- Wan Ji.

Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin   berkata hukum membuang janggut adalah haram.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di akaun facebooknya sambil menyertakan gambar menunjukkan dagunya yang licin kesan janggut dicukur licin.

“Semasa belajar Pakistan, saya mula tahu bahawa rupa-rupanya hampir semua imam-imam besar sunni berpendapat bahawa buang janggut adalah haram.
Saya juga membaca komentar Dr Yusuf Al-Qardhawi yang menjelaskan bahawa buang janggut sekadar makruh. Pun begitu, pendapat yang mengatakan haram buang janggut itu menjadi pegangan saya sehingga ke hari ini.” – Wan Ji.

Ketika dimasukkan ke penjara Kajang selasa lepas didapatai bersalah atas kesalahan di bawah akta hasutan kerana hantaran menghasut terhadap Sultan Selangor, Wan Ji seperti kebiasaan banduan lain dibotakkan kepala dan dicukur janggut dan misainya.
wan ji
Tangkap layar video Sinar Harian. Wanji berkepala botak sementara misai dan janggutnya dicukur. 
Walau bagaimanapun, beliau akur hal tersebut kerana ia adalah ketetapan penjara.
“Namun, semasa dijatuhkan hukuman penjara – semua penghuni penjara perlu dibuang janggut dan perlu dibotakkan kepala.

Walaupun buang janggut, saya lebih memilih pendapat yang haram, tetapi saya akur kerana itu adalah ketetapan penjara.” – Wan Ji 

Selasa lalu, Wan Ji dihantar ke Penjara Kajang selepas mahkamah  menolak permohonan sabitan dan hukuman sembilan bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

Pada hari jumaat pula,  Mahkamah Tinggi Shah Alam  menangguhkan hukuman penjara setahun itu sementara mendengar rayuan.

Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.

Buletin TTKM meneliti penggulungan penghakiman kes tersebut dan mendapati pesalah telah membuat 6 hantaran di facebooknya pada 5 November 2012 menurut pertuduhan.

Berikut merupakan 6 hantaran yang dilakukan beliau itu:

1) Jenis syai*** tak baca hadis nabi kata ‘sesungguhnya org yg ada hak, kena bg ruang bersuara’. Bahana bod** agama tp nak jadi ketua agama.. Sultan Selangor Sultan Shrafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.
2) Sultan sel tu tak payah nak ingatkan student UPM..Dia sendiri tu kena pg ngaji agama lagi…Kena ajar sultan sel, arak tu haram. Ketua agama tak layak ada hard rock café…Perasan bagus, tp bod**agama..
3) Buang je sultan2 ni…Perabis duit rakyat…
4) Sultan sel mengadakan kempen projek pembodohan di Universiti…Masuk Universiti untuk jadi bijak, si syai*** ni buat projek pembodohan.. Bila org bod**, dia akan berkuasa…Firaun moden.
5) Nak kaya dlm keadaaan bod** adalah jadi sultan.

6) Quran kata, ‘(firaun) merendah-rendahkan (akal) mereka (rakyat mesir), lalu mereka taat kepadanya’ itu di mesir. Kalau di malaysia, yg buat kerja ni adalah UMNO dan Sultan..”

 

(-Kesemua 6 posting Wan Ji di facebooknya ini adalah pada 5 November 2012. Posting-posting ini walaubagaimanapun telah dipadamkan dari facebooknya. – Editor-)

Beberapa hari lepas, perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata kerajaan akan memperkenalkan undang-undang baharu menggantikan akta hasutan dalam masa terdekat.

“Kita menarik balik undang-undang dulu (Akta Hasutan) dan untuk undang-undang baharu kita sudah ada dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang.(Dijangka selesai) secepat mungkin,” – Tun Dr Mahathir.

Untuk rekod, Pakatan Harapan dalam manifesto PRU 14 berjanji akan memansuhkan akta hasutan yang digubal pada tahun 1948 itu.  Setelah setahun lebih PH membentuk kerajaan, akta tersebut masih berkuatkuasa dan belum dimansuhkan.

Wan Ji, selain penceramah bebas juga merupakan ahli parti keadilan rakyat, PKR  dan pernah berkhidmat di bawah Lim Guan Eng sewaktu setiausaha agung DAP itu menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.