Mon. Oct 21st, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Saya tak pernah kata Dr M korup”- Kit Siang

2 min read

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata bahawa beliau tidak pernah menuduh Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang korup.

“Saya tidak pernah mengatakan bahawa dia seorang yang korup, anda boleh meneliti semua kenyataan saya, tetapi saya tidak pernah mengatakan bahawa Dr Mahathir seorang yang korup.

Saya kata ada berlaku penyalahgunaan kuasa dan seumpamanya,” – Lim Kit Siang

Beliau berkata demikan dalam satu  wawancara bersama NST.

Ditanya sama ada beliau akan terus menggesa siasatan yang sebelum ini dibangkitkannya semasa tempoh pertama Mahathir sebagai perdana menteri (1981 hingga 2003), Lim mengaskan bahawa pembinaan Malaysia baru adalah lebih utama ketika ini.

“Saya fikir mari kita berurusan dengan pembinaan Malaysia yang baru. Saya tidak akan menarik balik satu perkataan yang saya katakan sebelumnya.

Tapi dalam keadaan sekarang, anda perlu membina sebuah negara baru di Malaysia yang mempunyai kebebasan, demokrasi, keadilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,”  – Lim Kit Siang

Sementara itu, presiden MCA, Wee Ka Siong dalam satu hantaran di facebooknya menaikkan video lama perdebatan Lim Kit Siang dengan Mukhriz Mahathir.

Dalam sedutan video itu, dapat dilihat Lim Kit Siang mempersoalkan anak dr Mahathir, Mukhriz bahawa ketika Tun Dr Mahathir memerintah, masalah rasuah bermula.

“Adakah YB daripada Jerlun (Mukhriz)  bersetuju bahawa masalah rasuah bermula dalam masa Tun Dr Mahahthir? Dan masa itu pentadbiran Dr Mahathir disamakan dengan KKN. Adakah YB JErlun tahu apakah itu KKN? Dalam masa itu pentadbiran Suharto juga dikenali di antarabangsa dengan KKN. Mahu saya bagitau apa itu KKN? K yang pertama, kronisme. K yang kedua Korupsi. N- Nepotisme. Adakah YB bersetuju di bawah pentadbiran Dr Mahathir, Malaysia mahsyur di dunia dengan KKN.” – Lim Kit Siang.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: