“SYAITAN MASUK DALAM MULUT KETIKA MENGUAP” – UAI

oleh : Ustaz Azhar Idrus ( Original )

MENGUAP DAN MASUK SYAITAN DALAM MULUT

SOALAN :

Saya ada terbaca di internet seorang netizen yang menulis tentang isu menguap di dalam parlimen tanpa menutup mulut dia mengatakan syaitan masuk dalam mulut orang yang menguap.

Kemusykilan saya adakah benar syaitan masuk dalam mulut orang yang menguap atau hanya cakap orang-orang tua sahaja sebab ketika saya kanak-kanak sudah ada teredengar berkenaan perkara ini?

Jika ada hadith tentang perkara ini adakah ia hadith sahih atau sebaliknya?

JAWAPAN :

Berkenaan dengan menguap dan syaitan suka kepada menguap dan syaitan masuk ke dalam mulut orang yang menguap memang terdapat banyak hadith sahih yang diriwayatkan olih para ulamak. Berikut disertakan hadith-hadithnya :

SYAITAN MASUK DALAM MULUT KETIKA MENGUAP

Hadith yang diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. katanya Rasulullah saw telah bersabda :

إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ

Artinya : “Apabila seseorang daripada kamu menguap maka hendaklah ia tutup akan mulutnya dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan akan masuk (ke dalam mulut orang yang menguap itu).”

Hadith ini diriwayatkan olih Imam Muslim di dalam Sahihnya dan Abu Daud dan lain-lain.

SYAITAN KETAWA ORANG MENGUAP TIDAK TUTUP MULUT

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda :

وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ : هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ

artinya : “Dan adapun menguap itu hanya sanya ia daripada syaitan. Maka tolaklah sekuasa kamu. Maka bila seorang itu mengeluarkan bunyi HAA akan tertawalah syaitan daripadanya.”

Hadith sahih riwayat Imam Bukhari.

SYAITAN KETAWA ORANG MENGUAP KELUARKAN BUNYI

Dan pada riwayat yang lain sabda Nabi saw :

إذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّه مَا اسْتَطَاع، وَلا يَقُل: “آه آه”، فَإِنَّ أَحَدَكُم إِذَا فَتَحَ فَاهُ، فَإِنَّ الشيطَانَ يَضْحَكُ مِنْهُ أَو بِه

Artinya : “Apabila seorang kamu menguap maka tolaklah sekuasa mungkin dan jangan bekata AAH. Maka sungguhnya apabila seorang itu membuka mulutnya maka sungguhnya syaitan tertawa daripadanya atau dengannya.”

Hadith sahih riwayat Imam Ahmad

ALLAH BENCI ORANG MENGUAP TERBUKA MULUT

Dan daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda :

الْعُطَاسُ مِنْ اللَّهِ وَالتَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فِيهِ وَإِذَا قَالَ آهْ آهْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْفِهِ وَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ

Artinya : “Bersin itu daripada Allah manakala menguap itu dari syaitan. Sekiranya salah seorang daripada kamu menguap maka tutuplah mulut dengan tangannya dan jika ia mengeluarkan bunyi “AAAH…” maka syaitan ketawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.”

Hadith sahih riwayat Imam Tirmizi. Hadith serupa juga diriwayatkan olih Nasaai dan Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dan Al-Hakim.

Berkata Imam Nawawi :

قال العلماء أَمَرَ بِكَظْمِ التثاؤب وردّه ووضع اليد على الفم لئلا يبلغ الشيطان مُراده من تشويه صورته ، ودخوله فمه ، وضحكه منه

Artinya : “Telah berkata ulamak bermula perintah menahan menguap dan menolaknya dan menutup mulut dengan tangan itu supaya tidak masuk syaitan maksudnya ialah menolak gangguannya dan masuknya ke dalam mulut dan ketawanya syaitan.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Wallahua’lam

Video: Dato Mujahid Yusof Rawa ditroll oleh Mia Jalipah gara-gara tidak menutup mulut ketika menguap:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.