(VIDEO) 3 hari penjara, hafal 3 juzuk al quran; Wan Ji kongsikan hikmah dipenjarakan.

Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin berkongsikan pengalaman 3 hari beliau di dalam penjara di atas kesalahan di bawah akta hasutan, dengan berkata ada dua hikmah perkara tersebut terjadi ke atasnya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah pertama beliau selepas penangguhan pemenjaraan beliau, yang disiarkan secara langsung di akaun facebooknya malam tadi.

Hikmah pertama menurut Wan Ji adalah mengenai hafal al Quran.

Mengimbas kembali zaman sewaktu beliau belajar di Pakistan, Wan Ji berkata ketika itu beliau menghafal al-quran, tetapi setelah tamat pembelajaran, beliau tidak membacanya sekerap dahulu.

“Bila tak baca Quran, ana masuk lokap, ana bawa al-Quran. ana belum baca ana, ya Allah! Aku ni tak ingat, macam aku tak baca hafal al-quran. Jadi ana usaha dalam masa tiga hari tu, ana sempat hafal tiga juzul al quran. Sehari satu juzuk. Rupa-rupanya boleh aku ni 3 hari. Kalau bagi 30 hari, sebulan, al hafiz aku ni!” – Wan Ji Wan Hussin

Katanya lagi, beliau boleh menghafal tiga juzuk dalam masa tiga hari itu kerana ketiadaan telefon bimbit dan jam.
Hikmah kedua pemenjaraan beliau menurut Wan Ji adalah kerana kes beliau ini, akta hasutan sudah mula diperbincangkan semula.

“Mungkin kes ana ni sebabkan orang nak bincang balik tentang akta hasutan, SOSMA, POCA, POTA. Betul tak. Orang mula bincang balik. Ni bila kau nak tunai manifesto ni? Tiba-tiba yang bercakap tu siapa dia? Anwar Ibrahim! Dia keluar kenyataan “Ini undang-undang zalim”.- Wan Ji Wan Hussin

Mengakhiri ceramah beliau, Wan Ji mengajak supaya berdoa akta hasutan dimansuhkan.

“Kita sayang kerajaan ni, kita sayang rakyat kita, dan kita nak kebaikan kepada kerajaan kita. Wallahualam”- Wan Ji Wan Hussin

video:

Selasa lalu, Wan Ji dihantar ke Penjara Kajang selepas mahkamah  menolak permohonan sabitan dan hukuman sembilan bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

Pada hari jumaat pula,  Mahkamah Tinggi Shah Alam  menangguhkan hukuman penjara setahun itu sementara mendengar rayuan.

Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.

Buletin TTKM meneliti penggulungan penghakiman kes tersebut dan mendapati pesalah telah membuat 6 hantaran di facebooknya pada 5 November 2012 menurut pertuduhan.

Berikut merupakan 6 hantaran yang dilakukan beliau itu:

1) Jenis syai*** tak baca hadis nabi kata ‘sesungguhnya org yg ada hak, kena bg ruang bersuara’. Bahana bod** agama tp nak jadi ketua agama.. Sultan Selangor Sultan Shrafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.
2) Sultan sel tu tak payah nak ingatkan student UPM..Dia sendiri tu kena pg ngaji agama lagi…Kena ajar sultan sel, arak tu haram. Ketua agama tak layak ada hard rock café…Perasan bagus, tp bod**agama..
3) Buang je sultan2 ni…Perabis duit rakyat…
4) Sultan sel mengadakan kempen projek pembodohan di Universiti…Masuk Universiti untuk jadi bijak, si syai*** ni buat projek pembodohan.. Bila org bod**, dia akan berkuasa…Firaun moden.
5) Nak kaya dlm keadaaan bod** adalah jadi sultan.

 

6) Quran kata, ‘(firaun) merendah-rendahkan (akal) mereka (rakyat mesir), lalu mereka taat kepadanya’ itu di mesir. Kalau di malaysia, yg buat kerja ni adalah UMNO dan Sultan..”

 

(-Kesemua 6 posting Wan Ji di facebooknya ini adalah pada 5 November 2012. Posting-posting ini walaubagaimanapun telah dipadamkan dari facebooknya. – Editor-)

Beberapa hari lepas, perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata kerajaan akan memperkenalkan undang-undang baharu menggantikan akta hasutan dalam masa terdekat.

“Kita menarik balik undang-undang dulu (Akta Hasutan) dan untuk undang-undang baharu kita sudah ada dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang.(Dijangka selesai) secepat mungkin,” – Tun Dr Mahathir.

Untuk rekod, Pakatan Harapan dalam manifesto PRU 14 berjanji akan memansuhkan akta hasutan yang digubal pada tahun 1948 itu.  Setelah setahun lebih PH membentuk kerajaan, akta tersebut masih berkuatkuasa dan belum dimansuhkan.

Wan Ji, selain penceramah bebas juga merupakan ahli parti keadilan rakyat, PKR  dan pernah berkhidmat di bawah Lim Guan Eng sewaktu setiausaha agung DAP itu menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.