(VIDEO) Saya dipukul di penjara oleh ‘budak cakap kelantan, berpakaian warden’ – Wan Ji

Penceramah bebas, Wan Ji Wan Husin mendakwa beliau dipukul oleh seorang lelaki berpakaian warden yang bercakap dalam dialek kelantan ketika di penjara tempoh hari.

” Ada seorang budak cakap kelantan, pakai baju warden, dia tanya “Demo namo gapo?”, cakap Kelantan. (saya jawab:) Wan Ji. “Buka spek“. Bila buka sahaja cermin mata, BAM BAM BAM! Tiga kali dia bagi (penumbuk).” – Wan Ji Wan Husin

Tambah Wan Ji lagi, beliau telah memaklumkan hal itu kepada YB Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim.

“Anwar Ibrahim siang tadi dia telefon pihak penjara, dia kata cari orang yang pukul Wan Ji” – Wan Ji Wan Husin

Walau bagaimanapun, Wan Ji berkata beliau enggan buat laporan polis kerana bimbang lelaki yang memukulnya itu dibuang kerja. Oleh itu, beliau meminta lelaki tersebut tampil dan meminta maaf dahulu, sekiranya tidak mahu laporan polis diteruskan terhadapnya.

Beliau turut mensyaki lelaki tersebut adalah ahli PAS.

“Ana tak tahu kenapa dia buat begitu kepada ana. Mungkin dia dah bengang dengan ana sudah lama mana tahu… sebab mamat tu cakap Kelantan. Jadi ana dok syak ni orang PAS ke orang UMNO ke,…tapi ana tahu orang PAS memang tak suka ana… tapi ana tak kata lah dia PAS, tapi ana dok syak begitu la” – Wan Ji Wan Husin

Selasa lalu, Wan Ji dihantar ke Penjara Kajang selepas mahkamah  menolak permohonan sabitan dan hukuman sembilan bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

Pada hari jumaat pula,  Mahkamah Tinggi Shah Alam  menangguhkan hukuman penjara setahun itu sementara mendengar rayuan.

Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.

Buletin TTKM meneliti penggulungan penghakiman kes tersebut dan mendapati pesalah telah membuat 6 hantaran di facebooknya pada 5 November 2012 menurut pertuduhan.

Berikut merupakan 6 hantaran yang dilakukan beliau itu:

1) Jenis syai*** tak baca hadis nabi kata ‘sesungguhnya org yg ada hak, kena bg ruang bersuara’. Bahana bod** agama tp nak jadi ketua agama.. Sultan Selangor Sultan Shrafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.
2) Sultan sel tu tak payah nak ingatkan student UPM..Dia sendiri tu kena pg ngaji agama lagi…Kena ajar sultan sel, arak tu haram. Ketua agama tak layak ada hard rock café…Perasan bagus, tp bod**agama..
3) Buang je sultan2 ni…Perabis duit rakyat…
4) Sultan sel mengadakan kempen projek pembodohan di Universiti…Masuk Universiti untuk jadi bijak, si syai*** ni buat projek pembodohan.. Bila org bod**, dia akan berkuasa…Firaun moden.
5) Nak kaya dlm keadaaan bod** adalah jadi sultan.

6) Quran kata, ‘(firaun) merendah-rendahkan (akal) mereka (rakyat mesir), lalu mereka taat kepadanya’ itu di mesir. Kalau di malaysia, yg buat kerja ni adalah UMNO dan Sultan..”

(-Kesemua 6 posting Wan Ji di facebooknya ini adalah pada 5 November 2012. Posting-posting ini walaubagaimanapun telah dipadamkan dari facebooknya. – Editor-)

Beberapa hari lepas, perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata kerajaan akan memperkenalkan undang-undang baharu menggantikan akta hasutan dalam masa terdekat.

“Kita menarik balik undang-undang dulu (Akta Hasutan) dan untuk undang-undang baharu kita sudah ada dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang.(Dijangka selesai) secepat mungkin,” – Tun Dr Mahathir.

Untuk rekod, Pakatan Harapan dalam manifesto PRU 14 berjanji akan memansuhkan akta hasutan yang digubal pada tahun 1948 itu.  Setelah setahun lebih PH membentuk kerajaan, akta tersebut masih berkuatkuasa dan belum dimansuhkan.

Wan Ji, selain penceramah bebas juga merupakan ahli parti keadilan rakyat, PKR  dan pernah berkhidmat di bawah Lim Guan Eng sewaktu setiausaha agung DAP itu menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.